Polis telah merakam percakapan beberapa saksi berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa di sini, Sabtu lepas.
Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial berikutan memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya tanpa belas kasihan selama beberapa minit.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kejadian kira-kira 2.15 petang itu tercetus dipercayai melibatkan mangsa berumur 25 tahun yang sedang memandu lori telah terlanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki empat lelaki.
"Polis telah merakam percakapan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya mangsa dilaporkan bertikam lidah dengan pemandu kereta berumur 38 tahun sebelum berlaku pergaduhan tanpa menggunakan senjata.
"Empat lelaki lain kemudian masuk campur pergaduhan itu. Kedua-dua pemandu hanya mengalami cedera ringan," katanya.
BACA: Pemandu lori dibelasah gara-gara terlanggar Mercedes-Benz milik 'Datuk'
Rakaman video mangsa dibelasah berdurasi dua minit 49 saat dengan aksi tumbukan dan tendangan keras terhadap pemandu lori itu mulai tular di laman sosial hari ini.
Hamzah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2017
Polis merakam percakapan beberapa saksi berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di Bukit Antarabangsa. - Gambar fail
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
Polis buru geng Yamaha 125z terlibat samun bersenjata di Ampang
Salah seorang suspek turun dan mengejar mangsa menggunakan parang.
Kedai haiwan di Taman Melawati dirompak, kucing pun kena 'sapu'!
Hasil pemeriksaan mendapati wang tunai dalam peti tunai dan dua ekor kucing telah dibawa lari. Jumlah kerugian dianggarkan lebih RM5,500.
Geng samun pemandu Grab tumpas
Tangkapan tersebut susulan laporan seorang pemandu Grab yang disamun oleh tiga lelaki pada 20 September lalu.
Bayi perempuan dijumpai di tangga flat
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Pasangan kekasih jual cecair dadah dalam botol minuman di Pandan Perdana ditahan
Taktik pasangan kekasih yang menjual campuran dadah dalam botol minuman jenama terkenal berjaya dibongkar di Pandan Perdana di sini.
Sanggup campak anak elak ditangkap
Keadaan anak lelaki suspek mengalami kecederaan lemban dan calar di belakang badannya akibat tindakan bapanya itu.
Remaja pukul ibu bebas pengaruh dadah
Ujian air kencing telah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.
Van syarikat keselamatan dirompak di stesen minyak Bukit Antarabangsa
Siasatan mendapati van keselamatan itu dalam proses memasukkan wang ke dalam mesin ATM di dalam stesen minyak berkenaan.
Polis rakam percakapan saksi kes tular lelaki dibelasah
Polis telah merakam percakapan beberapa saksi berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa.
Polis kesan individu tinggalkan bayi di Masjid Taman Melawati
Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek agar menyalurkannya kepada polis.