SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini menafikan video yang tular, memaparkan kegagalan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kononnya berlaku di Pusat Pemborong GM Klang (GM Klang) atau Kompleks PKNS Shah Alam.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, hasil penelitian yang dibuat terhadap video berdurasi 19 saat itu mendapati, wujudnya perbezaan bentuk fizikal kedua-dua premis yang didakwa dengan fizikal premis yang ditularkan.
"Pemantauan yang dibuat oleh pihak polis juga mendapati tiada berlaku sebarang pelanggaran pematuhan SOP PKP oleh orang ramai di kedua-dua premis itu.
"Orang ramai juga diminta agar tidak membuat kesimpulan sendiri berkaitan sesuatu isu yang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Arjunaidi turut menasihati semua pihak supaya tidak membuat sebarang perkongsian berita dari sumber yang tidak tepat, kerana boleh mengakibatkan kekeliruan.
Terdahulu tular sebuah video di media sosial yang didakwa berlaku sama ada di GM Klang atau Kompleks PKNS Shah Alam, menunjukkan orang ramai berpusu-pusu serta tidak mematuhi SOP PKP di dalam sebuah premis membeli-belah yang memaparkan tarikh semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 09 2021

Terdahulu tular video didakwa berlaku sama ada di GM Klang atau Kompleks PKNS Shah Alam, menunjukkan orang ramai tidak mematuhi SOP PKP di dalam sebuah premis beli belah. - Gambar/ Facebook Polis Klang Selatan

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu "scammer"
Seorang wanita kerugian RM116,039 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang disertainya sejak Disember lepas.
AWANI Ringkas: Purata 4,000 kenderaan lalu depan HKL setiap jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senjata api: 'Saya minta maaf atas apa yang berlaku' - Hafizul Hawari
Hafizul Hawari dihukum penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram.

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Konflik Laut China Selatan, salah guna AI antara usul Malaysia dalam Pemukiman ADMM - Khaled
Malaysia menegaskan keperluan untuk memastikan keselamatan maritim di rantau ini khususnya di Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik.

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah minta rasuah lebih RM150,000
Seorang bekas pegawai bank didakwa atas 26 pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM153,622.47 daripada sebuah firma guaman dari 2018 hingga 2023.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.
[TERKINI] Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

GM Klang sasar enam juta pengunjung sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Pelbagai kempen termasuk menerusi media sosial telah dirangka dan akan dilaksanakan mulai bulan ini bagi menarik lebih banyak pelancong.

Polis Selangor nafi video tular tidak patuh SOP di GM Klang, Kompleks PKNS
Polis Selangor hari ini menafikan video yang tular, memaparkan kegagalan pengunjung mematuhi SOP kononnya berlaku di Pusat Pemborong GM Klang (GM Klang) atau Kompleks PKNS Shah Alam.

70 peratus perniagaan di GM Klang kembali beroperasi sejak Isnin lepas
GM Klang kembali beroperasi Isnin lepas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan 70 peratus perniagaannya mula aktif.

Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi
Pameran kali ini akan lebih tertumpu kepada pembangunan budaya dan hubungan komersial antara peserta pameran dan para pengunjung.