Polis bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polis mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi untuk menjalankan tugas bagi memastikan proses pengundian lancar dan aman.
"Tujuan saya berada di sini (Permatang Pauh) hari ini adalah untuk meninjau persiapan terakhir menjelang hari mengundi esok (Khamis). Sejak hari penamaan calon pada 25 April lepas hingga hari ini, saya berpuas hati dengan perjalanan kempen PRK Permatang Pauh.
"Selain itu, polis juga bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengelak kekecohan bagi memastikan keadaan terkawal esok (Khamis).
Anggota kami ditempatkan di semua lokasi yang sepatutnya untuk melancarkan trafik dan proses pengundian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, pada Rabu.
Menurutnya polis juga menerima 91 laporan berkaitan salah laku pilihan raya dan telah membuka lapan kertas siasatan bagi PRK Parlimen Permatang Pauh sejak hari penamaan calon hingga Rabu.
BAKAT: PRK P.Pauh: Cari wakil rakyat pandai buat 'roti canai terbang'
BACA: PRK Permatang Pauh: Roti Benggali Telur Goyang juadah popular
"Lapan kertas siasatan yang dibuka itu berkaitan perbuatan khianat iaitu merosakkan kain rentang dan papan iklan calon, ahli sebuah parti politik dicederakan, mencuri pembesar suara dan mengadakan ceramah tanpa permit. Setakat ini tiada ceramah yang diadakan berbaur hasutan yang melampau.
"Boleh dikatakan sepanjang tempoh berkempen ini, keadaan aman dan terkawal.Saya harap hari mengundi esok (Khamis) tidak ada perkara yang boleh mengganggu gugat ketenteraman orang ramai untuk keluar mengundi," kata Khalid.
PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.
BACA: Penduduk Permatang Pauh mahukan pemimpin berjiwa rakyat
Bernama
Wed May 06 2015

KPN: Tujuan saya berada di Permatang Pauh hari ini adalah untuk meninjau persiapan terakhir menjelang hari mengundi esok. Sejak hari penamaan calon pada 25 April lepas hingga hari ini, saya berpuas hati dengan perjalanan kempen PRK Permatang Pauh
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Polis siap sedia sepenuhnya untuk hari pengundian hari ini - Khalid
Polis bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.