Polis hanya akan menjalankan siasatan jika audit terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Jabatan Audit Negara mengesan sebarang percanggahan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polis akan menunggu laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengenai perkara ini.
"Sekiranya siasatan mengesan sebarang percanggahan, polis seterusnya akan memulakan siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bercakap di Putrajaya awal hari ini, Ambrin mengumumkan bahawa jabatannya telah mula menjalankan audit terhadap 1MDB sebaik sahaja diarahkan berbuat demikian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.
Khalid turut memperjelaskan laporan media yang memetik beliau sebagai mencadangkan supaya Najib disoal berhubung isu itu.
"Apa yang saya sebenarnya maksudkan ialah polis akan menyoal semua pihak yang kami percaya boleh membantu memberi maklumat tentang kes. Begitupun, fokus ialah kepada pihak-pihak yang membuat keputusan dalam syarikat," kata beliau.
Khalid mengulangi bahawa tindakan ini hanya akan dimulakan jika laporan Ketua Audit Negara mendedahkan percanggahan dan petunjuk bahawa terdapat salah laku dalam syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu.
"Jika tidak, siasatan tidak akan dijalankan," katanya.
Khalid mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat laporan berhubung 1MDB tanpa asas.
"Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja menggunakan masa dan sumber kami, dengan tidak perlu. Biarkan proses biasa berjalan," katanya.
Menurut laporan, Peguam Negara telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat laporan polis berhubung 1MDB berkaitan dakwaan salah urus dana.
Khalid berkata pasukan khas itu akan diketuai oleh Jabatan Peguam Negara untuk membolehkan penggemblengan sumber untuk memudahkan siasatan.
Beliau berkata, ini lebih berkesan daripada menjalankan siasatan secara berasingan.
Selain Bahagian Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara, Khalid berkata pasukan khas itu juga disertai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bernama
Tue Mar 10 2015

Polis hanya akan menjalankan siasatan jika audit terhadap 1MDB oleh Jabatan Audit Negara mengesan sebarang percanggahan, kata KPN.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.
Hubungan Rusia-OIC, Malaysia dijangka terus diperkukuh
Hubungan ekonomi antara Rusia dan negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) termasuk Malaysia terbukti kukuh apabil perkembangan pesat dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 30 peratus direkodkan dalam tempoh setahun yang lalu.

Permohonan ibu, bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, bebas ditolak
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabai kanak-kanak autistik itu.
Tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai pada Isnin malam.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Sultan Pahang zahir kebimbangan pencemaran udara Balok
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dengan pencemaran yang berlaku di kawasan Balok Baru, Kuantan.
[TERKINI] Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, dibebas ditolak
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan serta dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.