Polis menerima laporan berhubung pergaduhan seorang lelaki dengan penghantar makanan wanita di Bandar Puteri, Puchong, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, pihaknya telah memanggil kedua belah pihak untuk dirakamkan percakapan.
"Siasatan awal mendapati terdapat perselisihan faham antara keduanya namun tiada kecederaan dialami mereka berdua.
"Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pergaduhan seorang lelaki berbaju hijau dan seorang wanita penghantar makanan.
Video itu menunjukkan lelaki berkenaan menendang wanita itu sehingga terjatuh.
Ujar Ismadi kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Afiezy Azaman
Tue May 19 2020
Siasatan awal mendapati terdapat perselisihan faham antara keduanya namun tiada kecederaan dialami mereka berdua. - Foto media sosial
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Polis Klang Selatan lakukan 9 serbuan berkaitan judi haram sejak 1 Dis
Pihaknya sentiasa membuat pemantauan secara berterusan namun masih memerlukan orang awam untuk menjadi mata dan telinga pihak polis.
Geng Yong tumpas, 30 kes pecah masuk premis selesai
Ekoran daripada penahan itu, polis berjaya menyelesaikan 30 kes pecah premis, berdasarkan kepada laporan seorang lelaki yang juga pengurus kedai serbaneka.
Polis siasat kes penghantar makanan wanita ditendang hingga jatuh
Polis menerima laporan berhubung pergaduhan seorang lelaki dengan penghantar makanan wanita di Bandar Puteri, Puchong, pada Selasa.
Banjir kilat depan IOI Mall menghala Puchong Perdana
Hujan lebat berpanjangan yang berlaku petang Selasa di sekitar Lembah Kelang menyaksikan beberapa jalan utama dlimpahi air.
Banjir kilat melanda Pusat Bandar Puchong
Hujan lebat di Pusat Bandar Puchong telah mengakibatkan banjir kilat dengan kenaikan air setinggi 1.5 meter yang melibatkan kawasan Bandar Puteri sehingga ke pusat beli belah Jusco IOI.