Polis telah membuka lima kertas siasatan berhubung penyebaran khabar angin serta berita tidak sahih berkaitan koronavirus baru (2019-nCoV) di media sosial.
Ia berhubung empat kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial menerusi Facebook dan satu kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
"Antara kenyataan palsu di Facebook melibatkan akaun bernama Mr Kong Tuck Wah, Ibu Yati, Roti Sardeen dan Gabungan Anak Terengganu.
"Siasatan kelima membabitkan penyebaran berita palsu menerusi Whatsapp berkenaan kematian banduan secara mengejut di Penjara Sandakan, Sabah, yang didakwa berpunca dari koronavirus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Huzir berkata, lima kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Ia memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya.
"Namun, terdapat kes yang turut disiasat mengikut Seksyen 203(A) Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara sehingga satu tahun.
"Manakala, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
BACA: Koronavirus: Suspek sebar berita palsu ditahan
Tambah Huzir, pihaknya dalam proses memanggil kesemua pemilik akaun Facebook terbabit untuk merakam keterangan.
"Kita menggesa orang ramai supaya menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita, artikel, kenyataan yang tidak sahih atau tidak tepat.
"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati sengaja mensensasikan isu berkaitan virus ini," jelas beliau.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau kenyataan yang dikeluarkan KKM bagi mendapatkan perkembangan terkini serta maklumat yang tepat dan sahih.
Afiezy Azaman
Wed Jan 29 2020

HUZIR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati sengaja mensensasikan isu berkaitan virus ini. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.

'Nampak cantik tapi boleh membunuh' - Makmal AS papar imej baharu COVID-19
VIRUS COVID-19 yang sedang aktif merebak telahpun mengorbankan lebih 1,700 nyawa setakat ini.

Kes disahkan koronavirus di Thailand bertambah satu lagi, jumlahnya terkini 33
Kes terbaharu melibatkan pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan yang melawat Thailand, sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya.

Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.

Koronavirus: Angka korban cecah lebih 1,000
Malah, buat pertama kali, jumlah kematian harian akibat virus berkenaan di negara itu mencecah lebih 100 orang, berbanding kurang 100 setiap hari sebelum ini.

Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran - Wan Azizah
Wan Azizah menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Singapura tidak lama lagi.

Koronavirus: Kes ke-16 dikesan di Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita tersebut merupakan ibu kepada kawan kes warganegara China yang dilaporkan positif pada 6 Februari lalu.

Megat Shahriman mahu tumpu atlet para
Ia bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan atlet para untuk menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) di Filipina, yang mungkin ditunda lagi susulan penularan jangkitan coronavirus baharu 2019.

Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.

Sekatan perjalanan diperluas meliputi wilayah lain di China dikenakan 'lockdown'
Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan.