Polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan ke atas Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming kerana menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya, Selasa lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis menerima beberapa laporan terhadap entri Facebook Nga.
"Kita sudah memulakan siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.
"Kita juga akan menyiasat sama ada entri tersebut Nga yang buat atau tidak," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria di sini hari ini.
Pada Selasa lalu, Nga memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.
Khalid juga menyarankan orang ramai agar berhati-hati apabila membuat kenyataan atau memuat naik status sensitif di laman sosial.
"Tindakan Nga merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam dan ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat di sebuah negara majmuk," katanya.
Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
Mariah Ahmad
Sat Jul 09 2016

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis juga akan menyiasat sama ada entri di akaun Facebook tersebut dibuat oleh Nga Kor Ming atau orang lain. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.

Polis siasat video turunkan Jalur Gemilang diganti dengan bendera Sabah, Sarawak
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia pada 16 Sept lepas.

'Semoga saya mendapat keadilan di mahkamah...' - Muhyiddin
Muhyiddin mengeaskan beliau tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas dakwaan yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro-Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.

Jemaah Menteri setuju secara prinsip semak Akta Hasutan 1948 - Azalina
Ia bagi memastikan perundangan itu digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi

"Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim..." - Shahril
Sebelum ini Akta Hasutan itu mahu digantikan dengan akta lain dalam kanun keseksaan tetapi ia seolah-olah hilang dari perundangan negara.

Akta Hasutan akan dimansuhkan - Vui Keong
Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Keputusan mansuh atau pinda Akta Hasutan dalam masa terdekat - Vui Keong
Liew Vui Keong berkata, pada dasarnya kerajaan dalam proses mempertimbangkan Akta Hasutan dengan tujuan untuk memansuhkan.

MB Perak setuju undang-undang kekang hina Institusi Diraja
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyokong cadangan untuk menggubal undang-undang khas bagi mengekang perbuatan menghina Institusi Diraja.