Polis berjaya menumpaskan aktiviti sebuah makmal dadah di Johor Bahru yang dipercayai menghasilkan dadah untuk dieksport ke Indonesia dan Singapura.
Selain merampas dadah bernilai RM6.2 juta, 12 individu termasuk seorang pakar kimia warga tempatan turut ditahan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata anggotanya berjaya menemui dadah serbuk seberat 23.05 kilogram pelbagai jenis, termasuk 107.4 liter cecair disyaki dadah syabu dan 867 pil ekstasi.
Dalam operasi yang dijalankan pada 10 Julai lalu itu, polis merampas 4 pucuk pistol jenis semi auto dan revolver, 140 butir peluru, sebutir bom tangan, pelbagai bahan kimia dan peralatan memproses dadah.
12 ahli sindiket yang ditahan termasuk tujuh lelaki dan lima wanita sebahagian besarnya adalah warga Vietnam, China dan Singapura yang masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
"Kita mengalu-alukan pelancong, tapi datang sini hormati undang-undang negara ini. Jangan cuba hendak jadikan Malaysia tempat proses dadah, mengedar dadah.
“Kalau kamu berbuat demikian, tentukan la kita kan pastikan kamu dicekup… kita tak perlukan pelancong seperti ini," katanya.
Pada operasi sama, polis juga merampas pelbagai jenis mata wang bernilai RM57,000, tujuh kenderaan mewah serta barangan kemas.
Hasil saringan air kencing, enam daripada suspek positif dadah dan pihak polis masih mencari saki baki ahli sindiket berkenaan yang masih baru beroperasi di negeri itu.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
Sat Jul 15 2017

Selain merampas dadah bernilai RM6.2 juta, 12 individu termasuk seorang pakar kimia warga tempatan turut ditahan. - Foto Astro AWANI
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Polis tahan 12 individu, rampas dadah RM6.2 juta
Polis berjaya menumpaskan aktiviti sebuah makmal dadah di Johor Bahru yang dipercayai menghasilkan dadah untuk dieksport ke Indonesia dan Singapura.