Polis Diraja Malaysia menerusi bahagian counter terrorismnya pada Ahad telah berjaya menahan 17 orang yang disyaki merancang melakukan keganasan di ibu negara.
Dalam satu catatan Twitter oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua daripada mereka baru pulang dari Syria.
Khalid turut mengucapkan tahniah ke atas kejayaan anggota polis itu.
Sementara itu ketika dihubungi oleh Astro AWANI, Khalid mengesahkan mengenai penahanan 17 individu terbabit dan memaklumkan satu kenyataan media mengenainya akan dikeluarkan hari ini.
Sebelum ini satu laporan menyebut Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM Bukit Aman mendapati ada rakyat Malaysia yang terlibat dengan IS dan hanya menunggu masa melakukan serangan.
Anggota IS Malaysia turut dikatakan merancang melakukan ancaman langsung untuk menyerang Malaysia seperti pengeboman pusat hiburan sebagai menghukum Malaysia atas tentangan yang diberikan terhadap mereka.
"Mereka anggap kita sebagai ancaman. Mula-mula mereka tuduh kita bidaan, kemudian menganggap kita sebagai musuh dan seterusnya menghalalkan darah kita," kata Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism PDRM Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Tambahnya rancangan serangan itu dikesan sejak April tahun lalu.
Sehingga kini dipercayai hampir 63 rakyat Malaysia berada di Syria bagi berjuang bersama kumpulan militan IS.
Astro Awani
Mon Apr 06 2015
Polis bahagian counter terrorism pada Ahad telah berjaya menahan 17 orang yang disyaki merancang melakukan keganasan di ibu negara.
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Pihak-pihak dalam saman fitnah gagal capai penyelesaian dengan Nurul Izzah
Semasa pendengaran rayuan terakhir, mahkamah rayuan meminta pihak-pihak berkenaan cuba menyelesaikan masalah mereka.
Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial
Umum mengetahui kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah komersial dan jenayah berat di Malaysia.
Polis nafi gugur kalimah Allah, Muhammad pada logo PDRM
PDRM telah menetapkan dua garis panduan penggunaan logo pasukan yang berkuat kuasa pada tahun 2014.
RCI Wang Kelian: Henti seketika siasatan atas arahan KPN
Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron berkata, arahan itu diterimanya selepas beliau menghubungi Khalid menerusi panggilan telefon pada 20 Januari 2015.
'Siasatan semula kehilangan Pastor Raymond, Amri selepas ganti IGP' - Tun M
Kerajaan akan membuka semula siasatan berhubung kehilangan Pastor Raymond yang dikaitkan dengan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia PDRM seperti didedah Suhakam, Rabu lalu.
Polis di belakang kehilangan paderi Raymond, Amri - SUHAKAM
Kedua-dua Raymond dan Amri Che Amat disyaki oleh pihak SUHAKAM disasarkan kerana terlibat dalam isu menyentuh agama Islam.
1MDB: 'Belum ada petunjuk, biar SPRM jalankan siasatan dulu' - KPN
Penahanan atau siasatan terhadap mana-mana individu atau pihak baharu akan dibuat berdasarkan petunjuk daripada siasatan ketika ini.