Tujuh remaja lelaki ditahan kerana terlibat dalam insiden memukul seorang rakan sekolah mereka di hadapan sebuah sekolah menengah di Skudai di sini, Isnin.
Penahanan kesemua suspek berusia antara 14 dan 16 tahun itu dilakukan di beberapa lokasi setelah orang awam memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah dan keluarga mangsa.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kejadian pada 5.20 petang itu berpunca daripada tindakan mangsa yang melaporkan suspek dan beberapa rakan memanjat pagar sekolah untuk ponteng, kepada guru sekolah.
Berikutan rasa tidak berpuas hati, suspek dan rakannya telah mencederakan mangsa dengan menendang, memijak dan menumbuk muka serta badannya sehingga mangsa cedera pada kepala, lebam pada muka dan bahagian belakang serta luka tangan.
Katanya, mangsa yang berusia 13 tahun itu kemudiannya diselamatkan orang awam yang ternampak kejadian itu, sebelum memaklumkannya kepada pihak sekolah dan keluarga mangsa.
Kesemua suspek direman hingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
"Siasatan terperinci dijalankan kerana polis tidak memberi ruang kepada kemasukan elemen gangsterism menular ke dalam sekolah," kata Wan Ahmad Najmuddin dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam kes berasingan, beliau mengesahkan lima individu termasuk seorang perempuan turut diberkas kerana memukul seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang enggan menyertai kumpulan kongsi gelap, pada 16 Julai lepas.
Beliau berkata empat daripada suspek ditahan polis Johor pada awal pagi semalam (18 Julai) manakala seorang lagi ditahan dengan bantuan polis Melaka hari yang sama.
"Semua yang ditahan berumur antara 15 dan 19 tahun dengan tiga daripadanya direman hingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi akan direman hari ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017

Menurut Wan Ahmad, kejadian berpunca daripada tindakan mangsa yang melaporkan suspek dan beberapa rakan memanjat pagar sekolah untuk ponteng, kepada guru sekolah.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

20 bekas pelajar mengaku bersalah pukul rakan sekolah
Kesemua mereka dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas rakan sekolah mereka berusia 16 tahun semasa kejadian.

Polis tahan 7 remaja pukul rakan sekolah
Tujuh remaja lelaki ditahan kerana terlibat dalam insiden memukul seorang rakan sekolah mereka di hadapan sebuah sekolah menengah di Skudai.