Polis menembak mati seorang lelaki yang cuba menyerang polis menggunakan dua bilah parang dan sebilah pisau dalam kejadian amuk di sebuah kilang di Bayan Lepas, petang Isnin.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, suspek yang berusia 25 tahun sebelum itu dipercayai telah mengamuk di dalam kilang terbabit dan menetak mati seorang penyelia wanita berusia 47 tahun serta mencederakan pengarah bahagian keselamatan kilang berusia 53 tahun.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A. Anbalagan memaklumkan anggota polis yang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut, bergegas ke lokasi dan mengarahkan suspek meletakkan senjata serta menyerah diri.
Bagaimanapun suspek yang ketika itu memegang dua bilah parang enggan menyerah diri dan bertindak cuba menyerang anggota polis berkenaan menyebabkan anggota polis itu terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
"Sebelum kejadian itu, suspek telah menetak seorang pekerja perempuan dan seorang pekerja lelaki. Setelah kejadian itu, pihak keselamatan ini telah hubungi polis.
"Sehigga kini seorang lelaki (suspek) telah meninggal dunia dan seorang perempuan juga telah meninggal dunia di hospital, dan seorang lagi lelaki sedang menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita.
Menurut Anbalagan, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki yang bekerja sebagai pembantu kualiti sejak dua tahun lalu itu berada dalam kemurungan sejak beberapa bulan lepas dan sudah seminggu tidak hadir bekerja.
Namun, hari ini suspek hadir ke kilang dan menghantar surat peletakan jawatan sebelum secara tiba-tiba mengamuk dan menetak kedua-dua mangsa.
Tambah Anbalagan, pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan bagaimana suspek boleh membawa masuk dua bilah parang dan sebilah pisau ke dalam kilang tersebut.
Penyelia wanita itu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala seorang lagi mangsa dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Sep 23 2019

Polis masih menyiasat punca kejadian dan bagaimana suspek boleh membawa masuk dua bilah parang dan sebilah pisau ke dalam kilang tersebut. - Foto pembaca/media sosial

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Los Angeles saman SCE susulan kebakaran di California
Kebakaran Eaton memusnahkan sekitar 9,400 bangunan dan menyebabkan kerugian dianggarkan menelan kos sekurang-kurangnya ratusan juta dolar.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

Ibu jual barang kemas Eda Ezrin bayar peguam
Zahara melawat Eda Ezrin setiap minggu semasa di penjara dan bersyukur atas pembebasan anaknya.

Pemilihan jawatan Pengerusi CPA Malaysia diadakan dalam masa terdekat
Pemilihan jawatan Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) akan diadakan dalam masa terdekat.

Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 7 orang awam cedera
Insiden berlaku pada 10.04 pagi waktu tempatan semasa latihan tembakan langsung.

Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan
Seorang peniaga kedai mainan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan.

UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri - Asyraf Wajdi
UMNO akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengaitkan parti dengan siasatan kes berkaitan Ismail Sabri
[TERKINI] UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
UMNO pandang serius sebarang cubaan kaitkan parti itu dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di rumah individu tertentu.

Polis tembak mati lelaki amuk, bunuh rakan sekerja wanita
Polis menembak mati seorang lelaki yang cuba menyerang polis menggunakan dua bilah parang dan sebilah pisau dalam kejadian amuk di sebuah kilang di Bayan Lepas, petang Isnin.