Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah yayasan di negeri ini melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata jumlah itu melibatkan kira-kira 4,800 mangsa yang terdiri dalam kalangan guru dan berikutan itu pihaknya telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap pengarah dan akauntan yayasan terbabit, selama empat hari, bermula Selasa.
Kes terhadap mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Hasil serbuan di premis yang terletak di Besut itu juga kita turut merampas beberapa barang kes termasuk 18 pasport, komputer riba, dua unit telefon bimbit dan beberapa dokumen.
Hasil pemeriksaan di dalam satu akaun milik anak syarikat itu pihak polis mengesan terdapat kemasukan wang sebanyak RM14.2 juta ke dalam akaun tersebut," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Menurutnya semakan juga mendapati terdapat pengeluaran wang menerusi cek dan tunai namun masih belum dapat dikesan ke mana ia dibelanjakan.
Katanya yayasan berkenaan menggunakan modus operandi dengan mengeluarkan surat tawaran untuk menarik perhatian guru-guru di negeri ini menyertai pakej umrah yang ditawarkan mereka menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).
Katanya pakej berkenaan bernilai RM6,990 seorang namun mereka hanya perlu membayar kira-kira RM3,000 sahaja manakala baki selebihnya dikatakan akan dibiayai oleh syarikat yang membuat tajaan.
Rosli berkata sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 47 laporan, daripada mangsa manakala satu laporan oleh syarikat agensi pelancongan.
Katanya hasil pemeriksaan juga pihaknya mendapati yayasan berkenaan tidak didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Beliau tidak menolak kemungkinan wang berkenaan digunakan untuk melakukan pelaburan dan satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan.
"Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan kita juga masih mengesan aliran wang yang dikeluarkan dan dibelanjakan...kita juga dapati yayasan ini mempunyai 10 anak syarikat dan hanya tujuh yang berdaftar SSM," katanya.
Katanya yayasan berkenaan dikesan telah menawarkan pakej umrah ini dari Jun hingga Oktober lalu dan sering menunda tarikh untuk peserta mengerjakan umrah.
Rosli berkata pengarah yayasan berkenaan juga turut membuat tiga laporan polis berhubung ugutan dan ancaman yang diterima untuk mencederakannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016

Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah yayasan melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Banjir: Enam sekolah di Terengganu ditutup
Tiga daerah yang terlibat ialah Dungun melibatkan penutupan tiga sekolah, dua di Hulu Terengganu dan sebuah sekolah ditutup di Setiu.

Banjir Terengganu: Murid terjejas boleh pakai baju biasa ke sekolah - JPNT
Pelajar yang terlibat banjir dinasihatkan supaya tetap hadir ketika sesi persekolahan bermula kembali pada Selasa depan.

74 sekolah terjejas akibat banjir besar di Terengganu
Banjir turut merosakkan pelbagai kemudahan sekolah antaranya kerusi, meja dan buku teks.

JPNT tahan empat bot nelayan dalam Op Penyu
Pengunaan pukat jenis tersebut menjadi ancaman terbesar buat reptilia marin dan menjadi punca kematian penyu.

Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT
Beliau berkata keputusan berhubung permohonan itu dijangka pada minggu depan.

RM380,000 diperlukan baiki sekolah akibat musim tengkujuh
Kerosakan yang berlaku katanya bukan sahaja akibat musim banjir tetapi angin kencang yang turut merosakkan atap dan siling.

JPNT anggaran kerugian RM6 juta akibat banjir di Terengganu
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menganggarkan jumlah kerugian akibat banjir yang melanda negeri ini baru-baru ini mencecah RM6 juta.

PDRM teruskan misi pasca banjir di Terengganu dua minggu lagi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan program Tangan Bersalaman sempena misi pasca banjir dalam tempoh dua minggu lagi.

Polis Terengganu kesan penipuan pakej umrah, libatkan 4,800 mangsa, RM 14.2 juta
Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah yayasan di negeri ini melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta.