Polis tidak pernah berhenti atau cuba menutup sebarang siasatan mengenai penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit di Wang Kelian, Perlis seperti dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan kes itu masih berjalan dan pihaknya dalam proses mendakwa beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.
"Sebenarnya polis tidak pernah berhenti atau terdapat cubaan untuk menutup kes berkenaan sebaliknya siasatan masih diteruskan cuma kita tidak menguar-uarkan (berhubung siasatan itu) kepada orang ramai mengenai perkara berkenaan.
"Siasatan masih berterusan dan setakat ini empat orang sudah didakwa dan beberapa lagi dalam proses didakwa malah polis juga telah kenal pasti 10 lagi suspek dipercayai mempunyai kaitan berhubung kes tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang di sini Jumaat malam.
Beliau berkata polis juga sedang bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan 10 individu yang dipercayai berada di beberapa negara jiran.
Noor Rashid berkata pihak polis juga akan mengadakan satu sidang akhbar khas berhubung kes itu dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar supaya semua pihak terutama orang ramai faham situasi terkini mengenainya.
"Polis akan beri penjelasan mengenai perkembangan kes itu dalam masa terdekat cuma saya nak tegaskan kami tidak pernah cuba untuk tutup atau hentikan siasatannya," kata beliau.
Media melaporkan siasatan hampir dua tahun oleh pasukan projek khas sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan mengenai penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit di Wang Kelian, mendedahkan bukti baharu yang cukup mengejutkan.
Hasil siasatan laporan eksklusif itu mendapati wujudnya cubaan untuk menutup kes berprofil tinggi berkenaan yang dilakukan dengan terancang.
Paling mengejutkan, kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit sempadan negara itu ditemui pada Januari 2015, namun hanya diumumkan polis pada 25 Mei.
Satu lagi persoalan yang dibangkitkan laporan itu adalah mengenai arahan polis supaya kem itu dimusnahkan sebelum siasatan pihak forensik, sedangkan lokasi tersebut berpotensi sebagai lokasi kejadian jenayah. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 22 2017
Sejumlah 119 jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang dijumpai di Wang Kelian, Perlis, dikebumikan semula di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di Pokok Sena pada 8 Sept, 2015. - BERNAMA/Fail
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
AWANI Tonight 15 Jan 2025
AWANI Tonight with @fayekwan_
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
Peruntukan RM100 juta bukti komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif - KLSICCI
Peruntukan RM100 juta menerusi TEKUN Nasional untuk mempertingkatkan agenda pemerkasaan ekonomi masyarakat India menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif.
AWANI Tonight: TikTok refugees' flock to China’s Rednote before Jan 19 ban
Ahead of TikTok's looming U.S. ban, many American social media users are migrating to the Chinese app Xiaohongshu, which recently topped Apple's U.S. App Store.
Consider This: Multidimensional Poverty in the 21st Century
Despite decades of progress, poverty continues to trap millions in cycles of deprivation, and conventional measures often fail to reflect the full scope of their struggles. The Multidimensional Poverty Index, developed by the Oxford Poverty and Human Development Initiative, offers a revolutionary way to understand and address poverty by looking at deprivations in education, health, and living standards. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Sabina Alkire, Director of the Oxford Poverty and Human Development Initiative. Together with Professor James Foster, she developed the Alkire-Foster method for measuring multidimensional poverty.
MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.
AWANI Tonight: Companies must hire 3 interns for every expat worker
Companies hiring expatriates must offer up to three internship placements for local university students as part of the HR Ministry's 1:3 Internship Policy, with the pilot phase to start from Feb 15.
Papagomo dibebaskan hari ini, polis sahkan salah faham punca insiden serang Syed Saddiq
Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, akan dibebaskan atas jaminan polis hari ini.
Polis akan siasat sama ada wujud unsur pemerdagangan manusia
Polis akan menyiasat sama ada wujud unsur penipuan terhadap 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja.
Pengganti Ketua Polis Negara, Timbalan diputuskan dalam tempoh terdekat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dua jawatan tertinggi polis itu.
Saman RM300 serta-merta jika lakukan enam kesalahan ini
Saman maksimum RM300 serta-merta akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina.
PLUS cadang pasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang
Pemasangan dan penambahan kamera had laju itu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya.
Siasatan kematian Adib selesai, butiran semasa inkues - Noor Rashid
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan susulan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.
PRK Cameron Highlands: PDRM tingkat jumlah anggota, tangani kesesakan trafik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan jumlah pegawai dan anggota sepanjang sebelum dan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
One City tuntut penjelasan polis, kaitkan syarikat itu dengan insiden kuil
Syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd hari ini menuntut penjelasan daripada pihak polis yang mengaitkan mereka dengan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25.
Rusuhan kuil: Kerajaan perlu bukti komitmen kepada kaum India - Saravanan
Kerajaan digesa membuktikan komitmen kepada masyarakat India dengan segera mencari penyelesaian dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya.
Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: Waytha Moorthy minta rakyat bertenang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy meminta semua pihak bertenang susulan kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Putra Heights awal pagi ini.