Seorang remaja lelaki ditahan selepas bertindak menumbuk seorang anggota polis trafik di belakang kepalanya di tepi jalan berhampiran bulatan Kampung Lebak Moyoh, dekat sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 3.15 petang, suspek berusia 19 tahun itu dikatakan tiba-tiba menyerang seorang anggota polis trafik yang sedang melakukan tugas susulan satu kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah motosikal jenis Honda Wave.
Kejadian itu juga sempat dirakamkan orang ramai yang menyaksikan insiden terbabit sebelum memuat naik di laman sosial sehingga menjadi tular sejak petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek remaja itu ditahan di lokasi berkenaan dengan bantuan sepasukan anggota polis yang bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan daripada pengadu.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati pengadu yang juga seorang anggota polis berpangkat koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud itu dikatakan tiba di lokasi kejadian untuk mengambil gambar kemalangan terbabit sebelum didatangi dua lelaki yang disyaki ahli keluarga mangsa kemalangan berkenaan.
"Selepas pengadu selesai mengambil gambar, dia didatangi oleh dua lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga yang merupakan ahli keluarga mangsa kemalangan itu.
"Semasa pengadu memperkenalkan diri sebagai anggota polis, secara tiba-tiba dia ditumbuk di belakang kepalanya oleh seorang lelaki tidak dikenali (suspek).
"Susulan daripada kejadian itu, anggota polis berkenaan kemudiannya meminta bantuan daripada trafik IPD Kota Belud sebelum sepasukan anggota tiba dan membuat tangkapan ke atas suspek di lokasi kejadian," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Ruzaini Zulkepli
Sun Feb 18 2018

Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas bertindak menumbuk seorang anggota polis di bahagian belakang kepalanya. - Foto Facebook/Lim Shu Lee Ingsui
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PKPD di Kampung Batu Gong, Sarawak dilanjutkan sehingga 23 April
KKM juga mengesahkan masih berlaku penularan jangkitan serta terdapat kes baru yang dikesan dalam kalangan komuniti di lokaliti itu.

PKPD di Kg. Lebak Moyoh, Siasai Tamu di Kota Belud bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu, Kota Belud, Sabah bermula 26 Mac sehingga 8 April 2021.

Polis trafik ditumbuk, remaja naik angin ditahan
Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas bertindak menumbuk seorang anggota polis di bahagian belakang kepalanya.