Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berusaha mengesan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang melarikan diri daripada pihak berkuasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya yakin dapat menangkap Jamal yang kini dipercayai berada di Indonesia.
"Satu hari nanti kita dapat dia (Jamal) juga.
Kerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) dan polis Indonesia masih berlangsung dan mereka membantu kita mengesan Jamal.
"Butiran siasatan saya tidak dapat berikan secara terperinci tetapi pemburuan terhadapnya masih lagi berterusan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ketua UMNO Sungai Besar itu sebelum ini menegaskan dia bukan seorang penakut dan membayangkan dia akan tampil dan menyerah diri kepada polis selepas dia dipilih menjadi ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Jamal,48, dalam kenyataan dikeluarkan melalui klip video ringkas sebelum ini menafikan dia melarikan diri ke luar negara seperti didakwa sesetengah pihak.
BACA: Jamal 'muncul' lebih dua minit depan perwakilan
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.
Dia melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.
Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.
Dia juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.
Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.
Jamal bagaimanapun mendakwa kerajaan Pakatan Harapan menggunakan undang-undang rimba untuk menahannya.
Hakim Rahman
Mon Jun 25 2018

Polis sebelum ini telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos.-gambar fail
Kumpulan 20 harus pupuk kerjasama capai sasaran
Berbaki lima tahun lebih sebelum tarikh akhir 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan Ronald Lamola menekankan peranan kumpulan 20 (G20) dalam memupuk kerjasama mencapai sasaran ini.
Indonesia mahu tarik pelabur di World Expo Osaka 2025
Indonesia berhasrat menarik pelaburan dalam industri pembuatan lestari dengan menyertai World Expo 2025 Osaka pada April depan.
Greece beri amaran, impak terhadap import zon Eropah
Greece memberi amaran tarif baharu Amerika Syarikat ke atas import zon Eropah boleh memberi impak yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi di rantau itu.
Kekuatan ekonomi domestik kurangkan kesan konflik perdagangan AS
Penurunan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dijangka menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, namun kekuatan ekonomi domestik mampu menjadi penampan kepada kesan negatif tersebut.
Sektor perikanan pemacu ekonomi di Sabah
Sabah terus memperkukuhkan industri perikanan dengan memberi fokus kepada peningkatan rantaian bekalan perusahaan akuakultur selain pemeliharaan ikan melalui pertanian kontrak yang memberi fokus kepada pasaran eksport.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.
Untung bersih Petronas Gas naik kepada RM1.84 bilion
Petronas Gas Bhd (PGB) merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM1.84 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM1.82 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Harga makanan terkawal, inflasi kekal pada 1.7 peratus
Kadar inflasi Malaysia kekal pada tahap 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan inflasi kumpulan makanan dan minuman merupakan sebahagian Indeks Harga Pengguna (IHP) catat kenaikan lebih perlahan bulan lalu.
Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan bermula 24 Feb – PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mula prosiding tertutup berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam pada 24 Februari ini.

Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari pelbagai negara, berumur 14 hingga 65 tahun.

Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan
Polis berkata suspek dipercayai mengupah pemandu lori untuk membawa keluar mesin itu dengan menggunakan kenderaan tersebut.

Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.

Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.

Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.

MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.

Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.

Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.

Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.

Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.