Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan Polisi Keselamatan Siber Kebangsaan menjelang suku pertama tahun hadapan.
Menterinya Gobind Singh Deo berkata, polisi itu bagi menangani cabaran baharu dalam era ekonomi digital di mana pesalah siber dilihat semakin kreatif dalam kegiatan mereka.
“Ancaman ini termasuk pencurian data, maklumat dan pengintip siber yang memberi risiko kepada organisasi dan kerajaan.
“Entiti korporat juga terdedah dengan kerugian tinggi kerana pesalah siber ini mengeksploit identiti untuk berkomunikasi, mengambil dana dan menyebarkan propaganda masing-masing,” kata Gobind ketika berucap dalam perasmian Persidangan Strategi Keselamatan Siber Kebangsaan di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Gobind berkata, beberapa strategi dalam perbincangan termasuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju di ASEAN dalam sumber forensik dan analisis keselamatan siber.
“Selain itu, Malaysia juga akan terus melahirkan bakat berpendapatan tinggi serta menaik taraf keselamatan siber demi memastikan pertumbuhan ekonomi digital,” katanya.
Gobing yakin industri keselematan siber dapat terus diperkasa dengan kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk organisasi dan badan agensi dalam negara.
Dania Zainuddin
Mon Dec 03 2018

GOBIND: Malaysia juga akan terus melahirkan bakat berpendapatan tinggi serta menaik taraf keselamatan siber.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.

Kedutaan AS di Sri Lanka keluar amaran kemungkinan serangan di kawasan pelancongan
Kedutaan AS terima maklumat yang boleh dipercayai mengenai ancaman serangan yang menyasarkan lokasi pelancongan popular.

PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.

Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
Christina Montoya dari San Antonio, Texas telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan membawa pistol tanpa lesen.

KPM jamin keselamatan di semua institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius ancaman keselamatan di beberapa sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.

Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
PDRM memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri susulan pendedahan ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.

Polis pantau tujuh kumpulan ajaran sesat aktif di Malaysia - Razarudin
Polis sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam negara.

Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula
Menteri Dalam Negeri Perancis beri kelulusan untuk pembukaan semula selepas tiada bahan letupan ditemukan dan serangan berlaku.

Segera lapor pihak berkuasa sekiranya diancam, ditipu sindiket pemerdagangan - TPM Zahid
Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara, supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari diri mereka ditipu.

Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.