Polis menahan seorang lelaki berperwatakan lembut kira-kira 36 jam selepas dipercayai melarikan sedulang barang kemas dari sebuah kedai emas di Bukit Payong, di sini, Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata suspek berusia 35 tahun itu diberkas kira-kira pukul 11 malam semalam di rumah sewanya di Kampung Rhu 2, dekat sini.
Katanya hasil pemeriksaan dalam rumah suspek, polis berjaya menemui sebahagian barang kemas yang dicuri yang disorokkan di pelbagai tempat dalam rumah itu termasuk dalam kasut dan beg.
"Hasil serbuan itu juga polis menemui resit menjual sebentuk cincin, sehelai kemeja T berwarna merah jambu dan tudung yang dipakai suspek ketika melarikan barangan kemas berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya polis berjaya menemui dan merampas kembali sebahagian barangan kemas yang dicuri dan yang telah dijual bernilai kira-kira RM80,000.
Mengulas lanjut, Wan Abdul Aziz berkata sebelum kejadian pada Sabtu lalu, suspek dipercayai pernah mengunjungi kedai emas itu pada 30 Dis lepas untuk menjual sebentuk cincin di kedai tersebut.
"Rakaman CCTV pada 4.30 petang 30 Dis lalu menunjukkan premis itu dikunjungi seorang pelanggan lelaki yang berperwatakan lembut dalam keadaan mencurigakan," katanya.
Suspek yang berasal dari Negeri Sembilan itu juga mengaku berpakaian wanita dan masuk ke premis berkenaan sebelum berhenti di sebuah stesen minyak untuk membuka tudung.
Wan Aziz berkata suspek yang juga merupakan orang sekatan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) atas kesalahan dadah sejak 2013 ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.
"Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
Sabtu lalu seorang peniaga emas dekat sini kerugian kira-kira RM200,000 selepas satu dulang barangan kemas dilarikan seorang wanita ketika beliau dan isterinya menunaikan solat.
Bernama
Mon Jan 04 2016

Menurut polis, suspek berusia 35 tahun itu (gambar) diberkas kira-kira pukul 11 malam semalam di rumah sewanya di Kampung Rhu 2, dekat sini. - Foto BERNAMA

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.

'Pondan' diberkas selepas 36 jam larikan sedulang barang kemas
Polis menahan seorang lelaki berperwatakan lembut kira-kira 36 jam selepas dipercayai melarikan sedulang barang kemas dari sebuah kedai emas di Bukit Payong.