Calon langsung BN bagi kerusi Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata populariti Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan membantu parti itu meraih undi masyarakat Cina pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).
Beliau percaya masyarakat Cina akan sedar bahawa adalah penting untuk bersatu dengan BN untuk penyertaan lebih besar dalam kerajaan.
"Saya berharap sokongan masyarakat Cina akan beralih semula kerana pada masa ini, trend politik sangat tidak sihat apabila kaum Cina berada di luar arus perdana arena politik di mana Bumiputera ada dalam kerajaan," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis perjumpaan dengan masyarakat di Tanjung Penasu dekat sini, pada Ahad.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pengarah Rela Datuk Kamariah Mohd Noah.
Wong berkata beliau sudah bersedia menghadapi PRN-11 Sabtu depan, dan hampir 90 peratus kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya itu, sudah dilawati selepas tujuh hari berkempen.
"Saya berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan setakat ini. Seminggu selepas penamaan calon, saya sudah melawat kebanyakan kawasan masyarakat Cina di luar bandar dan lebih 100 rumah panjang di Bawang Assan," katanya.
Wong akan terbabit dalam pertandingan lima penjuru di kerusi Bawang Assan, dan percabarnya termasuk bekas anggota Majlis Tertinggi PBB Watson Bangau ak Jonathan Renang yang bertanding sebagai calon Bebas.
Turut bertanding di kawasan berkenaan adalah Wong Sin Wei daripada STAR, Chiew Sung Ngie (DAP) dan seorang lagi calon Bebas, Yeu Bang Keng.
Ditanya mengenai peluang lawannya terutama Watson, Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat serta Menteri Kewangan Kedua Sarawak, berkata beliau tidak akan mengambil mudah cabaran tersebut.
"Sudah tentu, saya tidak akan memandang rendah cabaran daripada Watson Bangau. Beliau sebelum ini tokoh penting dalam PBB, beliau juga pernah menjadi setiausaha politik kepada ketua menteri, dan datang daripada keluarga berpengaruh," katanya.
Bawang Assan menyaksikan sejumlah 18,340 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini, dengan 55.1 peratus adalah pengundi Cina, 38.8 peratus Iban, 5.3 peratus Melayu dan 0.8 peratus kaum-kaum lain.
Bernama
Mon May 02 2016
Datuk Seri Wong Soon Koh berkata populariti Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan membantu parti itu meraih undi - Foto Fail
AWANI Pagi: Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, ketengah isu buli siber
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama tiga tetamu, Michael Ang Pengarah drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, dan dua pelakon, Arena Wan dan Baihaqi berkongsi mengenai drama berkenaan yang kini sedang ditayangkan di Astro dan mendapat perhatian ramai.
Ketua Polis Johor nafi bersara susulan video tular
Ketua Polis Johor, M Kumar nafi akan bersara seperti yang ditularkan menerusi video di media sosial.
Polis Thailand nafi 6 rakyat Malaysia termasuk artis Kelantan ditahan dirancang awal
Serbuan dan tangkapan yang dibuat berdasarkan siasatan dan maklumat risikan yang dijalankan dalam tempoh tertentu.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.