Biarpun populasi global harimau meningkat kepada 3,900 ekor tahun lalu, namun bilangan populasi haiwan berkenaan di Malaysia didapati menurun.
Hasil kaji selidik yang dilakukan di sekitar hutan di Gunung Basur, Kenyir, Endau Rompin, Temenggor dan Taman Negara mendapati hanya kira-kira 250 ekor harimau direkodkan di seluruh negara pada 2014.
Menurut Ketua Pemuliharaan Semenanjung WWF Malaysia, Norizan Mohd Mazlan, data yang diperolehi itu sekaligus memperbetulkan anggaran kasar bahawa terdapat 500 harimau di negara ini.
"Berdasarkan kajian yang dilakukan 10 tahun lalu, kami menganggarkan sekitar 500 ekor harimau yang berada di dalam hutan. Namun setelah kajian terbaharu dijalankan, purata populasi harimau sebenarnya lebih sedikir daripada dianggarkan sebelum ini."
"Ini kerana sebelum ini, kami menganggarkan bahawa terdapat purata seekor harimau bagi setiap 100km per segi hutan. Bagaimanapun, jumlah itu telah disemak semula dan berdasarkan data terbaharu, kini hanya kira-kira 250 hingga 340 ekor harimau sahaja yang tinggal," katanya pada sidang media mengenai Laporan Living Planet 2016 di sini, hari ini.
Menurut laporan yang dikeluarkan WWF itu, secara keseluruhannya, populasi haiwan vertebrata menyaksikan penurunan sebanyak 58 peratus di seluruh dunia sejak 1970 hingga 2012.
Ini bermakna jumlah populasi haiwan termasuk mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan telah jatuh lebih daripada separuh dalam tempoh 40 tahun.
Laporan yang memantau populasi 3,706 spesies vertebrata itu turut memberi amaran bahawa sekiranya trend penurunan itu berlanjutan, populasi spesies haiwan dijangka menurun sebanyak 67 peratus menjelang tahun 2020.
Antara faktor utama yang dikenalpasti menyumbang kepada penurunan populasi haiwan vertebrata termasuk kemusnahan habitat asas, pencemaran dan perubahan iklim.
Tan Su Lin
Fri Nov 04 2016
Menurut WWF Malaysia, hanya kira-kira 250 hingga 340 ekor harimau sahaja yang tinggal di negara ini. - Gambar fail
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mei ini.
Penduduk Kampung Sapagaya derita banjir besar setiap tahun
Bagi penduduk Amat Paduka Kawoh salah seorang penduduk Kampung Sapagaya, di Lahad Datu banjir besar yang melanda setiap tahun ibarat bagai penderitaan yang berpanjangan.
Proses pembersihan pasca banjir ambil masa dua hingga tiga hari
Bagi penduduk di Kampung Surih, Segedup yang telah dibernarkan pulang ke kediaman masing-masing, Proses pembersihan pasca banjir tetap mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga ke tiga hari.
Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.
Rumah terbuka PDP di Bintulu dibatalkan, fokus bantu mangsa
Penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ahli Parlimen Bintulu dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang dijadualkan pada 9 Februari 2025 di Dewan Suarah Bintulu dibatalkan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa banjir.
Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.
JPBNS akan pertimbang kes mangsa banjir enggan pindah ke PPS
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mempertimbangkan kes mangsa banjir yang memilih untuk tinggal bersama saudara berbanding berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menentukan mereka layak menerima bantuan RM1,000.
Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.
Populasi harimau: Meningkat di dunia, menurun di Malaysia
Menurut WWF Malaysia, hanya kira-kira 250 hingga 340 ekor harimau sahaja yang tinggal di negara ini.