Rapid Rail Sdn Bhd akan memberi perkhidmatan percuma selama tiga hari kepada pengguna Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bermula 13 sehingga 15 Sept berikutan gangguan perkhidmatan yang berlaku pada Rabu dan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abd Aziz berkata perkhidmatan percuma itu bagi perjalanan dari stesen Gombak-Putra Heights-Gombak meliputi 37 stesen.
"Bagi pihak Rapid Rail, kami ingin mohon maaf di atas kesulitan ini. Jadi, ini (tambang percuma) adalah satu daripada cara kami menghargai kesetiaan pengguna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Azmi berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian itu dan akan mengatasinya secepat mungkin bagi menjamin keselesaan pengguna.
"Gangguan pagi tadi adalah kesinambungan gangguan pada Rabu namun, puncanya berbeza,"jelas beliau.
LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan perkhidmatan pada pagi Rabu dan kejadian sama berlaku pagi ini sehingga menyebabkan ramai pengguna kesal dan marah kerana terkandas semasa ke tempat kerja.
Mengulas insiden pengguna LRT perlu berjalan sejauh 60 meter di atas landasan LRT berhampiran stesen Datuk Keramat sehingga Stesen Damai, Azmi berkata tindakan itu perlu bagi menjamin keselamatan pengguna.
"Ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku. Apabila tren hilang punca kuasa elektrik, akan berlaku masalah pengudaraan.
"Justeru itu, kita terpaksa menggunakan laluan di atas tren, yang merupakan laluan keselamatan yang direka bentuk sebagai persediaan bagi kejadian seperti ini," katanya.
Menurutnya empat pegawai ditugaskan untuk membantu mengeluarkan penumpang daripada tren ketika kejadian itu berlaku.
Azmi berkata Rapid Rail Sdn Bhd juga akan mengemukakan laporan gangguan perkhidmatan itu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang dijangka esok.
Bernama
Fri Sep 09 2016

Gambar fail tren LRT. - fotoBERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Prasarana tawar perkhidmatan LRT percuma laluan Kelana Jaya selama 3 hari
Perkhidmatan percuma itu bagi perjalanan dari stesen Gombak-Putra Heights-Gombak meliputi 37 stesen.