Semua premis makanan, kedai serbaneka, stesen minyak dan kedai runcit di seluruh Perak akan beroperasi mulai 7 pagi hingga 7 malam bermula hari ini.
Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, arahan itu turut meliputi perkhidmatan pandu lalu (drive-through) dan kedai serbaneka 24 jam, termasuk 7-Eleven.
"Semua kedai serbaneka dan pam minyak di stesen minyak seluruh negeri Perak beroperasi bermula 7 pagi hingga 7 malam.
"Semua kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam termasuk 7 Eleven di seluruh Perak beroperasi bermula 7 pagi hingga 7 malam.
"Hanya premis dan perniagaan dibenarkan beroperasi sahaja boleh menjalankan operasi seperti biasa manakala yang lain perlu menutup operasi masing-masing," katanya.
Ahmad Faizal berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Isnin.
Katanya, arahan ini berkuat kuasa 23 Mac hingga 31 Mac, atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik.
Katanya, semua agensi diminta memberi kerjasama dan sokongan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
"Penglibatan agensi komunikasi di peringkat negeri dan tertumpu kepada peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat di negeri ini.
"Pihak yang bermurah hati dan ingin menyumbang kepada petugas dan anggota keselamatan yang terlibat boleh menyalurkannya menerusi Pejabat Daerah atau balai polis berhampiran," ujarnya.
Aida Aziz
Mon Mar 23 2020
AHMAD FAIZAL: Semua premis makanan, kedai serbaneka, stesen minyak dan kedai runcit di seluruh Perak akan beroperasi mulai 7 pagi hingga 7 malam bermula hari ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
7CAFé oleh 7-Eleven perkenal menu baharu sedia dimakan
Jason Koven memaklumkan, kafe tersebut menyajikan pilihan menu sesuai dengan pilihan gaya hidup semasa.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
7-Eleven akan jual keseluruhan 75 peratus pegangan dalam Caring kepada BIG Pharmacy
7-Eleven dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat berkata tawaran itu termasuk semua anak syarikat dan syarikat sekutu Caring.
Premis perniagaan di Perak beroperasi 7 pagi hingga 7 malam mulai hari ini - MB
Katanya, arahan ini berkuat kuasa 23 Mac hingga 31 Mac, atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik.
Mahu kurangkan pergerakan umum, 7-Eleven kini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam
Kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven akan mula beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020.
Berjaya Assets jual 1.41 peratus pegangan dalam 7-Eleven dengan RM25 juta
Berjaya Assets Bhd menjual 1.41 peratus kepentingan ekuiti dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd kepada True Ascend Sdn Bhd secara tunai.
Program francais 7-Eleven kembali lagi
7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melancarkan pakej francais dengan pelaburan sebanyak RM250,000.
7-Eleven jadi sasaran Jabatan Imigresen
Kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh Amerika Syarikat menjadi sasaran pihak berkuasa Imigresen yang menjalankan operasi memburu pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah.
Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven
Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.
7-Eleven di Indonesia tutup perniagaan mulai esok
Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit francais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu akan ditutup mulai esok.