Niat hendak membantu majlis agama Islam membanteras gejala maksiat, namun sebaliknya terjadi apabila ketua sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Skuad Badar, serta beberapa ahlinya, ditahan reman.
Perintah reman dua hari terhadap presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Fared Abd Latif di Mahkamah Sungai Petani, pada Khamis.
Kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 bagi kesalahan menganggotai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Lapan ahli skuad yang direman itu, berusia 20-an hingga 40-an, ditahan polis pada Rabu malam di sekitar Sungai Petani, Kedah.
Presiden Skuad Badar itu ditahan pada Ahad jam 10 malam, selain seorang lagi ahli skuad berusia 30-an yang turut ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad 11.30 malam.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 17 2019

Perintah reman terhadap presiden dan ahli Skuad Badar itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Fared Abd Latif di Mahkamah Sungai Petani, pada Khamis. - Astro AWANI

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

ROS batal pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia
Menurut Noorzaleha, pembatalan itu dibuat selepas MTC didapati dengan sengaja melakukan kesalahan bertentangan Akta Pertubuhan 1966.

Bawa ke Parlimen Akta Pertubuhan 1966 jika mahu dipinda - Ahmad Zahid
Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) merupakan satu akta yang diluluskan oleh Parlimen dan sekiranya ada pihak yang mahu ia dipinda, perkara itu seharusnya diserahkan kembali kepada Parlimen.

Presiden, ahli Skuad Badar ditahan reman
Perintah reman dua hari sehingga Sabtu terhadap presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Fared Abd Latif di Mahkamah Sungai Petani, pada Khamis.

Gabung persatuan permudahkan pemberian dana kerajaan - Ahmad Zahid
Pertubuhan dan persatuan yang mempunyai persamaan aktiviti supaya bergabung di bawah satu pertubuhan.

ROS profesional, ikut peraturan - TPM
Keputusan ROS itu mengikut perlembagaan parti itu sendiri dan Akta Pertubuhan 1966 demi menjaga kepentingan ahli dan pertubuhan itu sendiri.

Polis tahan 23 anggota kongsi gelap, leka acara angkat sumpah
Dalam serbuan sekitar 4.30 petang itu, kesemua individu berusia 22 hingga 55 tahun itu dipercayai sedang asyik mengadakan upacara angkat sumpah sebagai anggota kumpulan kongsi gelap.