Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz yang ketika ini merupakan Ketua Pegawai Kewangan kumpulan, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan mengambil alih tugas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin untuk menerajui syarikat minyak dan gas negara itu berkuat kuasa 1 Julai ini.
Pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Disifatkan mengejutkan banyak pihak, Wan Zulkiflee yang merupakan Presiden dan CEO Petronas sejak 2015 pula akan berhijrah ke Malaysia Airlines sebagai pengerusi baharu syarikat itu mulai bulan depan.
Tengku Muhammad Taufik dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Petronas dan ahli lembaga pengarah sejak Oktober 2018. Beliau juga merupakan ahli Pasukan Kepimpinan Eksekutif.
Beliau sebelum ini merupakan rakan kongsi di firma perakaunan PriceWaterhouseCoopers (PwC) dengan berkhidmat sebagai pemimpin minyak dan gas.
BACA: Terima kasih Wan Zul, selamat bertugas Tengku Taufik - Petronas
BACA: Sah! Wan Zul tinggalkan Petronas
Pada Disember 2012 hingga Januari 2015, beliau ialah Ketua Pegawai Kewangan kumpulan SapuraKencana Petroleum Bhd dan sebelum itu berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Tanjong plc.
Terdahulu, beliau memegang pelbagai jawatan di Petronas mulai 2000 hingga 2012 termasuk audit dalaman, perancangan korporat, pembangunan perniagaan dan kewangan dan berkhidmat sebagai ketua unit perancangan.
Tengku Muhammad Taufik merupakan akauntan bertauliah kelahiran Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales serta ahli Institut Akauntan Malaysia.
Sementara itu, Wan Zulkiflee membantu Petronas mengharungi tempoh yang sukar sejak harga komoditi yang lemah pada 2014 dan memimpin syarikat sepanjang waktu itu dengan merendahkan perbelanjaan modal dan mengurangkan pekerjaan sambil menjana keuntungan untuk membayar dividen kepada kerajaan.
Pada Februari, beliau berkata Petronas akan membayar dividen berjumlah RM24 bilion kepada kerajaan pada tahun ini, namun, tiada rancangan mengenai pembayaran dividen khas kepada kerajaan bagi 2020. Tahun lepas, syarikat gergasi minyak itu membayar dividen khas berjumlah RM30 bilion, sebagai tambahan kepada dividen biasa RM24 bilion.
BACA: Petronas enggan mengulas mengenai peletakan jawatan Wan Zul
BACA: CEO Petronas letak jawatan?
Wan Zulkiflee turut menerajui Petronas untuk bekerjasama dengan syarikat minyak kebangsaan Arab Saudi, Saudi Aramco untuk membangunkan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Dua minggu lepas, Petronas mengumumkan bahawa syarikat itu akan mengurangkan perbelanjaan modal bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2020, sebanyak 21 peratus berbanding anggaran awal kira-kira RM50 bilion berikutan cabaran yang dihadapi akibat COVID-19, menyebabkan berlakunya kejutan penawaran-permintaan di pasaran minyak pada tahun ini.
Sementara itu, Petronas dalam kenyataan berasingan mengumumkan Wan Zulkiflee akan bersara daripada syarikat itu berkuat kuasa 30 Jun, 2020.
Menurutnya, Wan Zulkiflee akan meninggalkan organisasi itu selepas 37 tahun berkhidmat dan pelantikannya sebagai Pengerusi Malaysia Airlines adalah berikutan pengalaman luasnya dengan kejayaan memimpin syarikat disertai pelbagai pencapaian penting ketika mengharungi landskap perniagaan yang mencabar.
Wan Zulkiflee yang memulakan kerjaya di Petronas pada 1983 telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di syarikat itu sejak bertahun-tahun, antaranya Pengarah Urusan dan CEO Petronas Gas Bhd serta CEO Perniagaan Hiliran.
Beliau turut menjawat tugasan tambahan selaku Ketua Pegawai Operasi Petronas pada 2012.
Pada Januari tahun ini, Wan Zulkiflee diiktiraf kali kedua sebagai satu-satunya CEO ASEAN dan CEO Minyak dan Gas dari Asia dalam senarai 100 tokoh global terbaik Brand Guardians 2020 oleh Brand Finance, badan penilai jenama terkemuka dunia.
“Petronas mengucapkan terima kasih kepada Wan Zulkiflee berikutan sumbangan besarnya selama 37 tahun dengan syarikat ini. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa depan,” kata Petronas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 06 2020

Tengku Muhammad Taufik merupakan akauntan bertauliah kelahiran Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales serta ahli Institut Akauntan Malaysia.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.

Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham
Seorang akauntan kerugian lebih RM2.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.

Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta
Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.

Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.

MIA lantik presiden, naib presiden baharu
Mohamad Zabidi dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada 15 Dis, menggantikan Datuk Bazlan Osman yang tempoh perkhidmatan berakhir pada 30 Nov.

Akauntan ditipu menang wang, kad kredit digunakan individu tidak dikenali
Mangsa menerima mesej menerusi akaun Facebook memaklumkan telah memenangi wang daripada sebuah syarikat platform beli-belah dalam talian.

Eksport Malaysia raih manfaat menerusi permintaan import dari China
Pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan berikutan permintaan global yang lembap sekarang, kadar pengangguran tinggi dan jumlah pelaburan yang rendah.

Akauntan mengaku tidak bersalah 143 tuduhan pecah amanah
Nurul Husna Atiqah Shuib, 32 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Presiden baharu Petronas Tengku Taufik berpengalaman luas dalam sektor minyak dan gas
Pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SST 2.0 perlu jadi satu revolusi, kata akauntan
Beliau berkata, walaupun SST adalah cukai yang sudah biasa - hari-hari menjelang pelaksana cukai tersebut buat kali kedua telah dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan.