Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menarik balik tuntutan saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Langkah itu dibuat selepas Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terbabit di luar mahkamah, dalam kes yang difailkan di London, United Kingdom itu.
Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.
Laporan itu antara lain mendakwa Presiden Pas itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Bagaimanapun Brown memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah berkenaan pada April 2018, antara lain atas alasan intimidasi saksi.
Dakwa Brown dalam permohonannya, mengadu Hadi memutarbelitkan maksud kata-katanya untuk tujuan tersembunyi partinya dan bukan untuk mempertahankan reputasi diri.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Syahir Sulaiman berkata penyelesaian luar mahkamah itu turut melibatkan tindakan Rewcastle Brown untuk menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.
“Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini,” kata kenyataan itu.
Pada 9 Januari lalu, media melaporkan Pas berjaya mengumpul lebih setengah juta ringgit untuk membiayai membiayai kos guaman untuk saman ke atas Sarawak Report.
Astro Awani
Sat Feb 02 2019

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016. - Gambar fail

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini menumpukan siasatan bagi mengenal pasti sumber asal atau individu yang merakam video terbabit.
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Kehidupan keluarga Cristiano Ronaldo terganggu oleh siri ancaman
Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya telah mengupah pengawal peribadi tambahan dan berpindah ke rumah baharu selepas menerima beberapa siri ancaman.
[TERKINI] Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika di bawah asuhannya.
AWANI Ringkas: Pemimpin politik perlu perkukuh perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sidang media mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.