Firma audit terkemuka PricewaterhouseCoopers dilantik bagi menjalankan siasatan bebas terhadap pelbagai pertuduhan membabitkan pengurusan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar.
Pentauliahan firma itu dibuat oleh Lembaga Penyiasatan Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Gazali Jalal dan dianggotai Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan (Perak) Datuk Dr Afifi Al-Akiti dan Datuk Mustafa Mohd Nor, tiga minggu lalu.
Menurut kenyataan Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) Berhad, pada 13 Julai lalu, pihaknya menerima memorandum daripada Kesatuan Staf Sokongan USAS; Kesatuan Kakitangan Akademik USAS dan Jawatankuasa Badan Bertindak Kebajikan Staf USAS bertarikh 27 dan 28 Jun.
"Memorandum itu mengandungi pelbagai pertuduhan membabitkan pengurusan tertinggi USAS.
"Lanjutan daripada memorandum tersebut, Lembaga Pengarah telah mengambil langkah segera pada tiga minggu lalu dengan mewujudkan Lembaga Penyiasatan Khas," demikian menurut kenyataan itu di sini, malam tadi.
Tambah kenyaaan itu, Naib Canselor USAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi telah mengemukakan permohonan untuk bercuti mulai 6 Ogos sehingga siasatan selesai agar semuanya berjalan lancar.
"Beliau juga secara sukarela menyatakan akan berkerjasama dalam siasatan tersebut," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar USAS Prof Dr Wan Sabri Wan Yusof akan menjalankan tugas-tugas Naib Canselor.
"Kami pohon kerjasama semua pihak supaya tidak mengulangi spekulasi berhubung hal ini, yangkami anggap sangat serius sehingga siasatan bebas selesai," tambah kenyataan tersebut.
Semalam, Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari memaklumkan antara aduan salah laku yang dilaporkan termasuk pemberhentian kakitangan tanpa sebab munasabah selain pemberian kontrak pengendali kantin yang meragukan.
USAS dinaik taraf sebagai universiti daripada kolej pada Jun 2016 dengan pengumuman mengenainya dibuat Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
USAS di Kuala Kangsar dinaik taraf sebagai universiti daripada KUISAS pada Jun 2016.
[Data & Statistik] Perkembangan terkini prestasi KOSPI dan mata wang Won
Pasaran saham Korea Selatan, KOSPI, dan mata wang Won terus menjadi perhatian, mencerminkan ketegangan geopolitik dan perubahan ekonomi global. Adakah pemulihan atau tekanan baharu akan mendominasi?
Tiga penjenayah mati ditembak di Penampang
Tiga penjenayah bersenjata api mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill dalam kejadian 9.13 malam tadi.
Undang undang darurat Korea Selatan ditarik balik, pasaran kembali stabil
Ketua Pegawai Eksekutif di AXS Investments, Greg Bassuk,menyatakan bahawa perkembangan ini, bersama-sama dengan situasi politik di Perancis dan keputusan pilihan raya presiden AS, mencetuskan ketidaktentuan di kalangan pelabur ketika mereka merancang strategi menjelang 2025.
Konflik Korea Selatan: Won Korea melemah dengan ketara
Mata wang Korea Selatan, won, jatuh dengan ketara berbanding dolar AS pada Selasa susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol, lapor agensi berita Yonhap.
Penganjuran Sukan SEA 2027, naik taraf sempadan Malaysia-Indonesia tumpuan Dewan Rakyat
Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) minta Menteri Belia dan Sukan nyatakan rancangan menambah baik stadium dan fasiliti sukan serta membangunkan perkampungan atlet di seluruh Sarawak.
AWANI Ringkas: Mangsa menurun ke 66,117 pagi ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiey Azaman & Farhan Hakimi
1. Perkembangan banjir seluruh negara
2. Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
3. Hidap kanser tahap 4, isteri Cikgu Din meninggal dunia
1. Perkembangan banjir seluruh negara
2. Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
3. Hidap kanser tahap 4, isteri Cikgu Din meninggal dunia
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini - MOTAC
Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.
36 korban baharu, angka kematian meningkat kepada 44,502
36 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan berterusan rejim Zionis di wilayah itu dalam tempoh 24 jam lepas.
#AWANIRingkas 4 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 Pagi, 4 Disember 2024
1️⃣ Mangsa menurun ke 66,117 pagi ini
2️⃣ Salah seorang anggota ditemukan meninggal dunia
3️⃣ Keputusan dibuat selepas tentangan hebat parlimen
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa menurun ke 66,117 pagi ini
2️⃣ Salah seorang anggota ditemukan meninggal dunia
3️⃣ Keputusan dibuat selepas tentangan hebat parlimen
#awaniringkas
PRU15: Saya calon terbaik PH untuk Parlimen Tambun setakat ini - Aziz Bari
Sebagai bekas Exco kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang ketika ini, beliau percaya mempunyai peluang lebih cerah untuk menang.
Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak
Naib Pengerusi DAP Perak itu pernah memegang portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari lepas.
Kerajaan Negeri Perak pandang serius isu murid ketagih vape
Bagaimanapun setakat ini, tiada laporan mengenai ketagihan vape dalam kalangan murid sekolah rendah di Perak.
Dakwaan tapak sisa plastik di pedalaman hutan tidak benar
Kawasan itu merupakan tapak bahan buangan sisa plastik yang ditempatkan sementara sebelum diproses menjadi bahan bakar alternatif.
Siasat segera lambakan menggunung plastik sampah di pedalaman Perak
Dr. Abdul Aziz Bari berkata beliau amat terkejut dan hairan apabila membaca laporan berita Daily Mail yang membuat pendedahan itu.
Biar polis siasat rakaman audio - Aziz Bari
Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan mengenai perkara itu dan menganggap ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan.
'Kenyataan Aziz Bari umpama samseng jalanan, jerat diri sendiri'
Datuk Azian Osman tidak faham seorang yang terpelajar seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari boleh mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang asas.