Barisan Nasional (BN) menafikan terlibat dalam kejadian video mengaitkan calon pihak lawannya yang dimarahi penduduk sehingga menjadi tular sejak semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai punca kejadian itu dan mengandaikan ianya pergaduhan di antara pihak sama.
"Saya tidak tahu insiden itu sebetulnya yang calon itu bergaduh dengan orang Warisan bukan orang Barisan (BN), jadi kalau kita mengadu domba situasi itu tidak betul.
"Selepas pergaduhan itu, orang itu dengan rela hati menyertai UMNO dan BN pula, tiada paksaan pun, dia melepaskan kemarahan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta memberi komen mengenai video tular mengaitkan calon Pakatan Harapan dari Parti Warisan Sabah, Datuk Karim Bujang yang dimarahi oleh seorang penduduk kampung ketika berkempen, pada Isnin.
Bagaimanapun, dalam kenyataan media Karim kepada Astro AWANI malam tadi, perkara itu sebenarnya atas salah faham dan mendedahkan si pelaku juga kecewa kerana tidak diberikan jawatan sebagai ketua kampung.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai gambar tular mengaitkan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut berlaku pada Isnin, Bung menyifatkan ianya sinonim dengan parti tersebut.
Tambahnya, meskipun Mohd Shafie sudah menafikan perkara itu dengan menyatakan kejadian sebenar adalah di lokasi berlainan dan bukannya di Kimanis, beliau yang dikenali sebagai wakil rakyat yang lantang di Dewan Rakyat seolah tidak hairan bahkan menyifatkan perkara seperti memberi wang sudah menjadi kebiasaan kepada Parti Warisan.
"Soal-soal mereka memberi duit dan sebagainya memang kerja begitu, sebab mereka tiada isu, tidak ada yang dapat mereka bangkitkan untuk rakyat Kimanis selain daripada membuat janji, beli undi, dua sahaja mereka buat, buat janji dan beli undi," tegasnya.
Untuk rekod, PRK Kimanis kali ini menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Karim dan Datuk Mohamad Alamin dari Barisan Nasional (BN).
Ruzaini Zulkepli
Mon Jan 06 2020

PRK Kimanis kali ini menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Karim dan Datuk Mohamad Alamin dari Barisan Nasional (BN).
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.