Faktor cuaca yang baik pada sebelah pagi membuatkan orang ramai mengambil peluang keluar lebih awal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson.
Di Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi, pengundi mula beratur seawal jam 7.45 pagi sebelum pusat pengundian berkenaan dibuka tepat jam 8 pagi.
Seorang pesara guru, Abdul Aziz Muhammad, 80 tahun, antara pengundi yang terawal tiba di pusat pengundian itu berkata, ini merupakan kali ke-13 dia menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Katanya, dia tiba seawal jam 7.50 pagi berikutan bimbang dengan faktor cuaca yang tidak menentu pada sebelah petang.
“Sejak dahulu lagi, memang saya tak pernah terlepas keluar mengundi. Tetapi, semasa Pilihanraya Umum (PRU) 14 lepas, kena beratur panjang. Kali ini, sebaik sampai, terus dapat mengundi.
“Lagi pula, sekarang musim hujan. Jadi, pagi-pagi lagi saya dah siap keluar. Apabila selesai mengundi, rasa lega, seronok, semua ada,” katanya yang datang ke pusat mengundi bersama isterinya Fatimah Ahmad, 79 tahun.
SK Linggi merupakan satu daripada 32 pusat pengundian yang dibuka di kawasan Parlimen ini bagi membolehkan 68,317 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
PRK itu diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan pada 12 September lepas bagi membolehkan Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat dan dilantik sebagai perdana menteri kelapan.
Pada PRU14 yang lalu, Danyal Balagopal yang juga bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia menang selesa dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Sementara itu, Fatimah berkata, beliau berharap siapa sahaja yang bakal diangkat sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dapat menaburkan khidmat terbaik lebih-lebih lagi dalam membantu kehidupan rakyat.
“Kita haraplah nanti Ahli Parlimen baru dapat bantu kita banyak. Ada yang lebih senang dapat bantuan, tapi kita yang tidak bekerja tidak dapat bantuan apa-apa,” katanya.
Selain Anwar, turut bertanding adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad, calon Pas Mohd Nazari Mokhtar, serta bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.
Tiga calon Bebas lain adalah Lau Seck Yan, Kan Chee Yuen dan Stevie Chan.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Oct 13 2018
Para pengundi beratur untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi PRK Parlimen P132 Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, 13 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
Tinjauan CNN: Penarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Lebih 78 juta orang mengundi awal dalam pilihan raya Presiden AS - Makmal Pilihan Raya
Pada Sabtu, hampir 70 juta rakyat Amerika telah mengundi awal - 36.5 juta secara bersemuka dan 32.5 juta melalui pos.
Belia Gaza dambakan perubahan pentadbiran menjelang pilihan raya Presiden AS
Kedua-dua calon presiden AS menunjukkan sokongan teguh kepada Israel, memaksa pengundi yang pro-Palestin untuk memilih "lesser of two evils."
PRK Mahkota: Pengundi tunai tanggungjawab esok
Sebanyak 61,397 pengundi layak mengundi di 20 pusat melibatkan 109 saluran yang akan dibuka serentak pada 8 pagi hingga 6 petang.
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu
Ia termasuk 6,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
PRK Sungai Bakap: Dalila Diana tunai tanggungjawab walau sedang berpantang
Kesungguhan tenaga pengajar di PDK Puteri Gunung itu jelas dilihat apabila dia begitu teruja walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke saluran mengundi.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.