Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei, demikian umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata suruhanjaya itu dalam mesyuarat khas hari ini juga menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Rompin pada 22 April, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 30 April.
Abdul Aziz berkata kawasan itu mempunyai 53,294 pemilih berdaftar.
"Daftar pemilih itu terdiri daripada 52,744 pemilih biasa, 545 pemilih awal dan lima orang pengundi tidak hadir luar negara," katanya dalam sidang media mengenai PRK kerusi Parlimen Rompin itu di sini.
PRK Parlimen Rompin perlu diadakan berikutan kematian anggota Parlimennya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
PRK Rompin adalah pilihan raya kecil kesembilan selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
Lapan PRK sebelum ini ialah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014) dan PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015).
Bagi memastikan proses PRK Rompin berjalan lancar, Abdul Aziz berkata SPR melantik Pegawai Daerah dan Tanah Rompin Datuk Fadzilla Salleh sebagai pegawai pengurus yang akan dibantu lima penolong pegawai pengurus selain menubuhkan enam pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya.
Menurut Abdul Aziz, penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi PRK Rompin akan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, manakala 35 sekolah dan tiga balai raya/dewan akan diguna sebagai pusat mengundi yang mengandungi 119 saluran tempat mengundi.
Untuk tujuan pengundian awal, sebanyak empat pusat akan digunakan iaitu Dewan Seri Ibam Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia, Bukit Ibam; Balai Polis Muadzam Shah; Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.
Beliau berkata 987 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses PRK Rompin dan keseluruhan perbelanjaan untuk pilihan raya kecil itu dianggar sebanyak RM1.91 juta.
Beliau berkata SPR menimbang kemungkinan melantik pemerhati tempatan dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika terdapat permohonan.
Ketika ditanya mengenai sebab SPR tidak mengadakan PRK Rompin serentak dengan PRK Permatang Pauh yang ditetapkan pada 7 Mei, Abdul Aziz menjelaskan tarikh itu merupakan cuti umum di Pahang sempena Hari Hol iaitu hari memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat Sultan Abu Bakar.
"Pada asalnya nak buat serentak, tapi sempena Hari Hol banyak program telah diatur di Pahang sepanjang hari melibatkan kerabat diraja, Istana, ketua-ketua jabatan dan kalau diadakan (PRK) tidak sesuai," jelasnya.
Mengenai rasional mengadakan PRK Rompin pada hari bekerja, Abdul Aziz berkata undang-undang dalam Perlembangaan Persekutuan membenarkan sebarang pilihan raya boleh diadakan pada hari bekerja selain hari cuti.
Malah, katanya, peratusan keluar mengundi sama ada tinggi atau rendah tidak mempunyai kaitan dengan hari pilihan raya diadakan.
"Kadang-kadang jumlah keluar mengundi pada hari bekerja lebih ramai daripada hari cuti," katanya.
Memandangkan PRK Rompin akan diadakan pada hari bekerja, Abdul Aziz meminta semua majikan sama ada daripada sektor awam atau swasta agar memberi tempoh yang munasabah kepada pekerja mereka yang ingin keluar mengundi.
"Di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, majikan yang tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau tidak lebih satu tahun penjara," katanya.
Bernama
Fri Apr 10 2015

PRK Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei, demikian umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.

Iklan pelaburan palsu, polis sah terima laporan Pengerusi MAIS
Polis mengesahkan menerima aduan daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkenaan gambarnya yang digunakan untuk tujuan iklan skim pelaburan saham palsu.

Kalimah Allah: MAIS tidak setuju tindakan tarik balik rayuan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Arah kiblat masjid, surau di Selangor tidak perlu diragui - MAIS
Badan itu turut mewajibkan agar penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu masjid, surau atau musolla yang baharu mula beroperasi.

Program pengaruh umat Islam minat agama lain salah di sisi undang-undang
Ia merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program "Projek Artikel 11 Jom Ziarah" anjuran Impact Malaysia.

MAIS pantau 14 ajaran sesat aktif di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Siswa mudahkan urusan wasiat, hibah dalam talian
Sistem berkenaan dinaik taraf daripada sistem e-Wasiat sedia ada dengan menggabungkan dua elemen penting dalam perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Semua pihak diseru hormati bacaan al-Fatihah, ayat-ayat suci al-Quran - MAIS
Masyarakat seluruh negara khususnya Selangor diseru agar sentiasa menghormati agama Islam serta mengurangkan perkara yang melibatkan sensitiviti dan perpecahan.

Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kes itu akan disiasat mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.