Ubat tradisional Cina, Tanreqing (TRQ) yang mengandungi hempedu beruang matahari tidak menjejaskan spesies beruang itu seperti apa yang dilaporkan sebelum ini.
Jelas Pengerusi Bersama IUCN Bear Specialist Group (BSG), David L. Garshelis, penggunaan hempedu haiwan itu dalam rawatan COVID-19 di Beijing adalah sah di sisi undang-undang kerana produk itu menggunakan hempedu beruang yang diternak di China dan bukan beruang yang diperoleh secara pemburuan haram.
“Kekeliruan berlaku apabila ramai beranggapan bahawa kelulusan TRQ bagi tujuan perubatan dikatikan dengan penyeludupan haiwan liar.
“Namun secara kenyataan, produk ini dihasilkan oleh beruang dalam ternakan di mana spesies haiwan itu turut dipelihara melalui proses ternakan di ladang yang didaftar dengan kerajaan China,” ujar Garshelis.
Menurut Garshelis, produk jenis ubat tradisional Cina itu tidak boleh dijual di luar negara China, dan hanya boleh dijual setelah memperolehi kebenaran kerajaan.
Sebelum ini, wujud tanggapan bahawa akan berlaku ancaman pemburu haram terhadap beruang matahari termasuk di Sarawak susulan tindakan Beijing meluluskan penggunaan hempedu haiwan itu dalam rawatan COVID-19.
BACA: Beruang matahari Malaysia terancam susulan China lulus penggunaan hempedu rawat COVID-19
Dalam perkembangan berkaitan, Garshelis turut menjelaskan keberkesanan penggunaan pengganti sintetik hempedu beruang madu, ursodeoxycholic acid (UDCA) atau dikenali sebagai Urso yang dihasilkan daripada khinzir dan ayam sembelih.
“Seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat telah diselamatkan oleh kerana rawatannya yang menggunakan Urso dan kini kehidupannya bergantung kepada ubat itu,” katanya.
Tambah beliau lagi, penggunaan organ haiwan untuk tujuan perubatan tertakluk kepada etika serta budaya sesuatu negara serta individu.
"Bukan peranan saya untuk menjawab soal etika, mengenai penggunaan beruang untuk menghasilkan ubat dalam membantu krisis manusia. Namun, menjadi tugas saya untuk memberi fakta bagi menjawab salah faham, terutamanya tentang kaitan penggunaan ubat ini dan impak terhadap konservasi beruang," jelas Garshelis.
Untuk rekod, setakat ini, masih tiada kajian yang mengatakan keberkesanan penggunaan produk hempedu beruang dalam rawatan pesakit COVID-19.
Saraya Mia
Mon Apr 13 2020
Beruang matahari atau juga dikenali sebagai beruang madu terdapat di hutan hujan tropika di Asia Tenggara. - Gambar Fail
Pencemaran udara di India umpana penyakit yang sukar diubati
Ketika sekatan dikenakan dua kali dalam tempoh 24 jam, penduduk di ibu negara India, New Delhi terus bergelut dengan lonjakan pencemaran udara yang membimbangkan.
Indeks kualiti udara di New Delhi merekodkan bacaan 424 pada pagi Selasa, menyaksikan tahap bacaan paling kritikal.
Indeks kualiti udara di New Delhi merekodkan bacaan 424 pada pagi Selasa, menyaksikan tahap bacaan paling kritikal.
Prabowo akan ke Malaysia bertemu Anwar
Presiden Prabowo Subianto akan mengadakan kunjungan ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lawatan rasmi beliau ke Kaherah, Mesir.
China lanjut kemudahan transit tanpa visa kepada 240 jam
China mengumumkan kelonggaran dasar transit tanpa visa bagi membolehkan pengembara asing masuk dan tinggal di negara itu selama tempoh 240 jam atau 10 hari, berbanding 72 jam dan 144 jam yang ditawarkan sebelum ini.
Sasaran Jepun menjelang fiskal 2040
Jepun buat pertama kalinya merancang menjadikan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan angin sebagai sumber tenaga terbesar negara menjelang 2040.
Serangan Ketua pasukan pertahanan radiologi diklasifikasikan sebagai jenayah
Rusia memulakan siasatan berhubung kematian ketua pasukan pertahanan radiologi, kimia dan biologi angkatan bersenjata Rusia, Leftenan Jeneral Igor Kirillov dalam kejadian letupan di Moscow pada Selasa.
Fokus siasatan itu dijangka tertumpu kepada mengenal pasti dalang utama serta motif di sebalik serangan itu.
Fokus siasatan itu dijangka tertumpu kepada mengenal pasti dalang utama serta motif di sebalik serangan itu.
Musa zahir penghargaan kepada Agong
Dalam satu kenyataan Musa berkata, dengan lantikan itu beliau berbangga kerana dapat terus berbakti kepada negeri dan rakyat Sabah.
Tidak salah FAM diswastakan, elak campur tangan politik
Tidak menjadi kesalahan sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diswastakan kerana ia memberi kebebasan yang lebih luas tanpa campur tangan politik.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Latihan Sukan Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan yakin langkah itu membuahkan hasil, melihat kepada kejayaan skuad bola sepak Thailand dan Indonesia ketika ini.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Latihan Sukan Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan yakin langkah itu membuahkan hasil, melihat kepada kejayaan skuad bola sepak Thailand dan Indonesia ketika ini.
Menteri Alumni UM wajib salur RM10,000 kepada IPT itu
Semua menteri yang merupakan Alumni Universiti Malaya diwajibkan menyumbangkan dana RM10,000 setiap seorang kepada IPT itu.
Persiapan penggunaan e.MAS 7 di peringkat akhir - Nik Nazmi
Persiapan untuk penggunaan kenderaan elektrik (EV) nasional pertama e.MAS 7 sebagai kenderaan rasmi bagi kegunaan pemimpin semasa Persidangan ASEAN tahun hadapan, kini di peringkat akhir.
Masyarakat perlu didedah dengan manfaat Thorium
Bekas Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz berpendapat masyarakat perlu dideahkan dengan manfaat elemen Thorium, selain mengelak stigma kononnya ia adalah bahan radioaktif yang hanya membahayakan nyawa.
Perhilitan Terengganu tangkap beruang matahari jantan sesat
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan dalam satu operasi di Kampung Kubang Ikan, Jertih.
Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina berkeliaran di Jeli
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina yang berkeliaran di sekitar kebun di Kampung Sungai Satan, Jeli semalam.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
Beruang matahari rosakkan kebun kelapa masuk perangkap
Haiwan tersebut memasuki perangkap yang dipasang anggota Perhilitan selepas menerima aduan berhubung serangan hidupan liar itu pada 28 Februari lalu.
Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari
Kejadian disedari oleh seorang daripada peserta kira-kira 8 pagi tadi ketika mahu membersihkan kawasan ternakan kelulut itu.
Penduduk gusar beruang masuk kampung
Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.
Perhilitan Kelantan tangkap beruang matahari di Jeli
Beruang matahari tersebut merupakan seekor daripada dua yang dikesan berkeliaran di kampung tersebut sejak September lepas.
Lega beruang matahari masuk perangkap
Penduduk di Kampung Jerek akhirnya berlapang dada apabila seekor beruang matahari yang berkeliaran dan bersarang di situ telah masuk ke perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman N