Produktiviti buruh Malaysia bagi bagi suku pertama 2020, mencatatkan penurunan 0.8 peratus daripada 1.4 peratus pada pada suku keempat 2019 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Nilai ditambah per pekerja adalah sebanyak RM22,578 pada suku pertama 2020 berbanding RM24,263 pada suku keempat 2019.
Produktiviti buruh, atau nilai ditambah per pekerja dianggar dengan membahagikan nilai ditambah dan pekerja yang merangkumi majikan, pekerja, bekerja sendiri dan pekerja keluarga tanpa gaji.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata produktiviti buruh Malaysia yang diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja meningkat 2.1 peratus (S4 2019: 1.4 peratus) dengan nilai ditambah per jam bekerja adalah RM40 per jam (S4 2019: RM42 per jam). Peningkatan produktiviti buruh per jam bekerja pada suku ini adalah berikutan penurunan besar dalam jam bekerja berbanding pengeluaran output yang sederhana, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Pelaksanaan fasa pertama PKP telah menyebabkan kejatuhan jumlah jam bekerja pada suku ini.
"Purata jam bekerja pada suku ini hanya 44.3 jam seminggu (S4 2019: 45.0 jam seminggu). Nilai ditambah yang menunjukkan output barangan dan perkhidmatan domestik yang dihasilkan tumbuh marginal 0.7 peratus pada S1 2020 berbanding 3.6 peratus pada suku sebelumnya," katanya.
Beliau berkata meskipun prestasi ekonomi yang perlahan pada 0.7 peratus pada suku pertama, pekerjaan meningkat 1.6 peratus dengan merekodkan sebanyak 15.2 juta orang.
Mohd Uzir berkata dari sudut sektor ekonomi, produktiviti buruh mengikut pekerja bagi sektor Pertanian turun 8.9 peratus (S4 2019: -6.1 peratus) manakala bagi sektor perlombongan dan pengkuarian susut 0.4 peratus (S4 2019: -4.0 peratus).
Sektor Pembuatan mencatatkan penurunan pertumbuhan produktiviti buruh mengikut pekerja pada 0.2 peratus (S4 2019: 0.8 peratus) manakala sektor pembinaan jatuh 5.3 peratus (S4 2019: 3.2 peratus).
Sektor Perkhidmatan merupakan satu-satunya sektor yang mencatatkan peningkatan positif produktiviti buruh per pekerja pada kadar 0.5 peratus (S4 2019: 2.9 peratus), katanya.
Mohd Uzir berkata selain permintaan global yang lebih perlahan, peristiwa luar jangka ini telah turut mempengaruhi ekonomi Malaysias.
Kejatuhan produktiviti buruh mengikut pekerja pada masa yang mencabar ini adalah berikutan kebanyakan industri mengekalkan pekerja di sebalik pertumbuhan perlahan pengeluaran.
Bagaimanapun, beliau berkata prestasi produktiviti buruh mengikut jam bekerja meningkat berikutan berlakunya pengurangan ketara jumlah jam bekerja terutamanya dalam tempoh PKP dan tidak dipengaruhi penggunaan automasi dalam industri.
Di sebalik kejutan ekonomi yang dialami, Mohd Uzir berkata industri dengan penggunaan teknologi tinggi berupaya mengekalkan produktiviti dan perniagaan mereka.
"Industri yang berintensifkan modal serta mengadaptasi automasi dilihat lebih berdaya tahan dan mempunyai produktiviti buruh yang lebih tinggi berbanding industri yang berintensifkan buruh.
"Sebagai contoh, aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman di Malaysia yang sinonim dengan penggunaan guna tenaga yang ramai dalam operasi sesebuah restoran atau kedai makan, akan berhadapan dengan isu kejatuhan produktiviti buruh semasa berlakunya krisis seperti pandemik COVID-19.
"Ini kerana, walaupun berlaku kekurangan permintaan perkhidmatan tersebut, pengusaha masih mengekalkan pekerja dan meneruskan pembayaran gaji," katanya.
Beliau berpandangan bahawa penggunaan automasi, penyesuaian operasi perniagaan dapat dilaksanakan dengan segera semasa menghadapi krisis dan seterusnya produktiviti buruh dapat dikekalkan.
Dalam hal ini, industri perlu memanfaatkan krisis ini untuk menilai kembali struktur perniagaan sedia ada dengan melaksanakan inovasi ke arah norma perniagaan baharu.
Seterusnya, dalam jangka masa panjang, negara akan dapat menangani isu ketidakpadanan pekerja dengan mewujudkan lebih banyak pekerjaan mahir.
Beliau berkata krisis ini juga sewajarnya dijadikan titik perubahan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah.
Ia sekaligus akan meningkatkan pulangan kepada faktor pulangan bersesuaian dengan tahap pendidikan tertiari penduduk di negara ini yang semakin meningkat.
Memandangkan kebanyakan industri di negara ini masih berintensifkan buruh, pada masa ini setiap pengeluaran bernilai RM1, pengagihan kepada pekerja adalah sebanyak RM0.36 sahaja, katanya.
Mohd Uzir berkata, jalinan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan dan industri adalah penting ke arah transformasi industri berintensifkan modal dan peralihan kepada teknologi tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 21 2020
Meskipun prestasi ekonomi yang perlahan pada 0.7 peratus pada suku pertama, pekerjaan meningkat 1.6 peratus dengan merekodkan sebanyak 15.2 juta orang. - Gambar fail
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
AWANI Borneo [21/11/2024] – Nahas dua kenderaan | Tiada campur tangan | Pilih laluan berbeza
AWANI Borneo Khamis, 21 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
Lapan maut nahas dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo.
PM nafi ada usaha sekat SPRM siasat rasuah babitkan ADUN Sabah.
Ong Kim Swee buat kejutan tinggalkan Sabah FC.
Lapan maut nahas dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo.
PM nafi ada usaha sekat SPRM siasat rasuah babitkan ADUN Sabah.
Ong Kim Swee buat kejutan tinggalkan Sabah FC.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
COP29: Dana iklim bukan bantuan, ia adalah pelaburan masa depan - Antonio Guterres
Guterres mengingatkan, kegagalan untuk mencapai persetujuan akan merencatkan tindakan jangka pendek serta pelan tindakan iklim yang baharu.
Sarawak komited lahirkan generasi berpendidikan tinggi
Kerajaan Sarawak memperkenal beberapa inisiatif bagi menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke institusi pengajian tinggi selari hasrat melahirkan satu graduan satu keluarga bagi mengeluarkan mereka dari status kemiskinan
Penambahbaikan standing order tingkat kualiti persidangan
Penambahbaikan standing order yang diusulkan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak pada minggu lalu diyakini akan mengukuhkan standard persidangan DUN tersebut pada masa depan.
Latihan terakhir, jasa Kim Swee sentiasa dikenang - Sabah FC
Sabah FC muat naik video memaparkan sesi latihan terakhir Datuk Ong kim Swee sebagai ketua jurulatih pasukan itu.
2TM bukan sekadar platform melaporkan kejayaan kerajaan - PACU
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bukan sekadar platform untuk melaporkan kejayaan terdahulu.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
Guna pendekatan diplomatic lindungi sempadan maritime Sabah
Kerajaan Sabah komited lindungi sempadan maritim di Laut China Selatan
Datuk Abidin Madingkir berkata kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan mengutamakan pendekatan diplomatik, berlandaskan undang-undang antarabangsa, seperti Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Datuk Abidin Madingkir berkata kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan mengutamakan pendekatan diplomatik, berlandaskan undang-undang antarabangsa, seperti Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara 21 tahun 2 bulan dan 14 sebatan
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di tiga bank dan sembilan lokasi sekitar Ipoh antara 1 Jan hingga 22 April lepas.
Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit
Mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Tadi, 29 tahun dan Mustaqim, 42 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Kerjasama global dituntut sempena Hari Penentangan Buruh Kanak-Kanak Sedunia
Kanak-kanak telah dijadikan sebagai buruh paksa sejak sekian lama dan nasib mereka terus diberi perhatian hasil pengorbanan aktivis-aktivis serata dunia.
Bilangan penganggur berkurangan pada April 2023 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada April tahun ini catat kenaikan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.84 juta orang berbanding 16.81 juta orang pada Mac.
Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.
Pekerja asing: Data lengkap mudahkan proses pendaftaran, pengesanan
Kuota masih diperlukan bagi menyeimbangkan penggunaan pekerja asing dengan tenaga kerja tempatan.