Malaysia menghargai pengiktirafan kerajaan Arab Saudi yang memilih Malaysia sebagai negara pertama di dunia dalam melaksanakan program prapelepasan jemaah haji dan berharap inovasi itu dapat diteruskan pada musim haji akan datang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata inisiatif itu adalah inovasi yang baik dan seluruh dunia wajar memberi pujian kepada kerajaan Arab Saudi, kerana ia dapat mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen dan kastam di lapangan terbang di negara berkenaan.
"Kita berharap model kepada Malaysia ini menjadi contoh (kepada negara lain)," katanya kepada pemberita selepas melawat maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Hotel Awttad Makkah di sini, Jumaat.
Turut hadir, Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia memperoleh peng-iktirafan daripada kerajaan Arab Saudi a-pabila dipilih menjadi negara pertama di dunia menjalankan program prapelepasan jemaah haji pada tahun ini.
Beliau berkata program itu membolehkan jemaah haji diberi prapelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum berlepas dan mereka tidak perlu menjalankan proses pemeriksaan pasport dan kastam di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.
HAJI-ARAB SAUDI 2 (AKHIR) MAKKAH
Program prapelepasan itu akan membabitkan tujuh penerbangan akhir ke Jeddah bermula, semalam hingga Ahad ini.
Asyraf Wajdi seterusnya berkata Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana memilih Malaysia sebagai negara perintis dalam program prapelepasan jemaah haji itu.
Hasilnya, beliau berkata kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dalam program perintis itu diberikan laluan khas tanpa perlu melalui pemeriksaan imgresen dan kastam, sekali gus mengambil masa begitu singkat ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz , Jeddah, semalam.
Beliau berkata rakyat Malaysia sepatutnya merasa bertuah kerana dalam kalangan banyak negara di dunia, Malaysia dipilih oleh kerajaan Arab Saudi dalam melaksanakan program perintis itu.
"Sudah tentu ada keistimewaannya dan tidak perlu diungkapkan berulang kali kerana Malaysia sering mendapat pujian dan pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi.
"Ini kerana, kita satu-satunya negara yang mempunyai sistem pengurusan haji yang begitu holistik, sempurna bermula daripada berangkat, semasa dan proses menyambut (ketibaan jemaah haji) di Tanah Suci," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2017
Inisiatif Malaysia itu dapat mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen dan kastam di lapangan terbang. - Gambar hiasan
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.
Arab Saudi hantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan pada Sabtu.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
Arab Saudi mulakan pembinaan Mukaab
Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.
Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Mancini bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin
Kerajaan Arab Saudi komited sokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.