Sungai Klang yang dahulunya diklasifikasikan sebagai tercemar, sudah berubah wajah dan semakin pulih hasil program pembersihan dan pemuliharaan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menerusi inisiatif Menteri Besar Incorporated (MBI).
Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) Syaiful Azmen Nordin berkata, program yang dilaksanakan sejak 2016 itu berjaya meningkatkan kualiti air selain dapat mengembalikan ekosistem semula jadi di sepanjang kawasan sungai itu.
Kualiti air sungai yang kian pulih membolehkan aktiviti air dilaksanakan, termasuklah pembangunan kawasan sungai dan perkhidmatan pengangkutan air yang sekali gus dapat mengembalikan Sungai Klang sebagai lokasi riadah.
"Hasil fasa pembersihan ini, kita berjaya meningkatkan indeks kualiti air (IKA) daripada Kelas V (tercemar dan berbahaya) kepada Kelas III (sederhana baik).
"Malah sejak sungai dibersihkan, kita turut mengesan kehadiran hidupan liar seperti memerang. Ini petanda positif bahawa ekosistem sungai ini sudah kembali sihat," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Menurutnya, kira-kira 50,000 tan metrik sampah dengan 60 peratus daripadanya sisa plastik berjaya dikeluarkan dari sungai itu bagi fasa pembersihan dalam tempoh tiga tahun.
Projek SMG adalah inisiatif kerajaan negeri Selangor yang memfokuskan kepada penjanaan semula Sungai Klang membabitkan kawasan seluas 35,612 hektar di sepanjang sungai berkenaan yang merangkumi komponen pembangunan seperti perdagangan, perhotelan, pelancongan, perumahan dan industri perkhidmatan.
Sementara itu, LLSB pula merupakan anak syarikat MBI yang bertanggungjawab melaksanakan tiga aktiviti utama projek iaitu pembersihan, pemuliharaan dan pembangunan.
Mengulas lanjut, beliau berkata kawasan sepanjang Sungai Klang sememangnya strategik dan mempunyai potensi tinggi nilai pelaburan yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negeri itu.
"Menerusi tiga aktiviti itu ia bakal merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan sepanjang Sungai Klang sebagai 'Smart Central Economic Region'.
"Sejarah membuktikan Sungai Klang satu ketika dahulu adalah laluan air yang sibuk atau 'highway' dengan aktiviti perdagangan. Kelestarian dan pembangunan mampan di kawasan sungai ini akan memberi manfaat besar kepada sosioekonomi rakyat negeri ini," katanya.
Syaiful Azmen berkata dua daripada lima projek pemangkin dalam fasa pembangunan Sungai Klang, membabitkan proses menaik taraf Taman Awam Pengkalan Batu, Klang dan pembinaan taman paya bakau Mangrove Point, yang dijangka siap pada suku pertama tahun 2020.
"Dua projek itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat. Bagi Mangrove Point, laluan pejalan kaki yang akan dibina membolehkan orang awam menyelurusi keindahan biodiversiti hutan bakau, menggalakkan terapi alam bagi golongan istimewa dan membuka ruang penyelidikan saintifik di sini," katanya.
Antara projek pemangkin lain yang dalam perancangan adalah pembinaan pasar atas air atau 'grand bazar' yang bakal menjadi kawasan tarikan baharu pelancongan dan perniagaan di kawasan itu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019

Kualiti air sungai yang kian pulih membolehkan aktiviti air dilaksanakan. - Foto fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Projek Gerbang Maritim berjaya pulihkan Sungai Klang
50,000 tan metrik sampah dengan 60 peratus daripadanya sisa plastik berjaya dikeluarkan dari sungai itu.