Kewujudan projek MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) bagaikan 'durian runtuh' kepada para pemilik hartanah apabila nilai hartanah di sekitarnya meningkat antara 10 dan 30 peratus.
Gambaran peningkatan nilai hartanah itu diberikan oleh pemilik, pemaju dan portal hartanah kepada Bernama apabila ditemu ramah baru-baru ini.
Pemaju hartanah Datuk Seri Lim Keng Cheng berkata projek MRT itu memberi kesan paling ketara terutama kawasan yang berada dalam lingkungan radius satu kilometer dari stesen MRT.
"Nilai hartanah di kawasan itu boleh meningkat sehingga 30 peratus," katanya yang mengendalikan perniagaan pembinaan, pembangunan hartanah dan konsesi prasarana.
Beliau berkata projek MRT itu telah memberikan kelebihan dan ruang kepada para pelabur untuk menjalankan projek-projek besar seperti pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang memberi kemudahan kepada orang awam untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.
"Selain menguntungkan pemaju, ia juga memberi manfaat kepada pemilik aset kerana pembangunan di sekitar MRT tetap menjadi rebutan masyarakat untuk didiami kerana ia lebih mudah diakses," kata Lim.
Fasa pertama Laluan MRT SBK yang dibangunkan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) itu memulakan operasinya pada 16 Dis bagi laluan Sungai Buloh ke Semantan dengan 12 stesen sejauh 21 kilometer.
Projek Jajaran MRT SBK bernilai RM23 bilion yang meliputi dari Sungai Buloh ke Kajang sejauh 51 kilometer beserta 31 stesen itu disasar beroperasi sepenuhnya menjelang Julai tahun depan.
Tinjauan Bernama mendapati walaupun fasa II MRT SBK melibatkan laluan dari Semantan ke Kajang sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap Julai tahun depan, pembangunan lain di sekitar projek fasa II itu turut rancak membangun.
Lim berkata syarikatnya sedang melaksanakan pembangunan integrasi melibatkan pembangunan sebuah hotel, 1,500 unit apartmen serta pusat membeli-belah di Cheras dan apabila siap, ia boleh berhubung terus dengan stesen MRT Taman Mutiara yang terlibat dalam fasa II MRT SBK.
"Meskipun harga bagi setiap unit rumah itu tinggi, iaitu antara RM500,000 hingga RM1 juta, kesemua ini telah pun habis dijual...ini menunjukkan masih terdapat permintaan tinggi daripada pembeli," kata Lim.
Pengurus portal hartanah PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez pula berkata Indeks Harga Hartanah portalnya menunjukkan nilai hartanah di sekitar jajaran MRT telah mengalami aliran peningkatan lebih 10 peratus sejak tahun lalu.
"Jika anda lihat pada Glomac Damansara Residences, purata harga transaksi meningkat kepada tujuh ke 10 peratus tahun ini berbanding 2015 walaupun dalam keadaan kelembapan pasaran hartanah.
"Selain itu, Plaza Condominium di Taman Tun Dr Ismail menyaksikan sedikit peningkatan 10 peratus ke atas antara tahun ini dan 2015.
"Hartanah yang berada di antara dua stesen (dua MRT atau satu MRT dan LRT/Komuter) mungkin mengalami lebih banyak peningkatan berbanding tempat lain kerana orang ramai mahukan perhubungan. Jadi, faktor sambungan bersepadu juga adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, bukan hanya jajaran MRT," katanya.
Sheldon berkata situasi ini juga memberi laluan kepada pertumbuhan dalam pasaran sewa yang merupakan satu alternatif kepada pemilik hartanah.
Sementara itu, Penyelaras Jabatan Bandar dan Perancang Wilayah Universiti Malaya, Dr Nikmatul Adha Nordin berkata kawasan yang dijangka mengalami peningkatan harga hartanah paling ketara adalah di Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail dan Sungai Buloh.
"Berdasarkan pengalaman pembangunan LRT, nilai hartanah di kawasan yang berdekatan stesen akan meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus...situasi ini mampu menarik pasaran yang lebih besar, sekali gus merancakkan aktiviti komersial dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Beliau menjangkakan akan wujud kawasan penempatan baharu di kawasan berhampiran MRT selagi ada ruang untuk aktiviti pembangunan.
Bagaimanapun, Nikmatul Adha bimbang nilai sewa yang lazimnya selari dengan peningkatan nilai hartanah berkemungkinan menjejaskan golongan berpendapatan sederhana dan rendah dalam mencari perumahan yang mampu untuk disewa.
Tinjauan Bernama ke beberapa kawasan perumahan di sekitar stesen MRT SBK mendapati rata-rata penduduk yang ditemui mengaku turut terkesan apabila harga rumah dan sewa meningkat secara mendadak sejak projek MRT memulakan operasinya.
Penduduk di Kondominium Pelangi Damansara, Zaitun Mohamad, 37, melahirkan rasa syukur kerana beliau telah membeli dan memiliki rumah tersebut pada 2008 dengan harga yang murah berbanding yang ditawarkan sekarang.
"Dulu masa beli rumah ini hanya RM127,000, sekarang sejak ada MRT ia dijual pada harga RM320,000 dan ke atas, saya rasa harga ini akan terus meningkat," kata peniaga nasi lemak dan pisang goreng itu ketika ditemui Bernama.
Bagi pemandu bas yang menyewa di Kampung Paya Jaras di Sungai Buloh, Abang Ismail Ahmad Ibrahim, 32, pula mengeluh apabila dikenakan kadar sewa rumah terlalu tinggi di kawasan perumahan yang berdekatan MRT.
"Pada 2006, sewa hanya RM380, kemudian ia terus naik sehingga mencecah RM780 sekarang...itu pun rumah yang ada satu bilik dan satu bilik air," kata anak kelahiran Sarawak yang tinggal di Semenanjung sejak 1998 itu.
MRT merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menambah baik sistem pengangkutan awam yang berintegrasi dengan tiga lagi sistem hubungan rel iaitu LRT, KTM Komuter and KL Monorel.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016
Projek MRT itu memberi kesan paling ketara terutama kawasan yang berada dalam lingkungan radius satu kilometer dari stesen MRT. - Gambar hiasan
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Tumpuan Sabtu – 16 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Presiden Sri Lanka Dissanayake menang besar dalam pilihan raya Parlimen
Parti yang dipimpin Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake meraih kemenangan besar dalam pilihan raya, sekali gus memberi dorongan kuat kepada pentadbiran baharunya.
Amerika dan China penyumbang terbesar kemerosotan suhu bumi
suhu Suhu bumi untuk tiga tahun kebelakangan ini semakin memburuk dan tidak menunjukkan penurunan. Demikian pendedahan terbaharu yang dikeluarkan badan pemantau iklim 'Climate Action Tracker' yang menunjukkan bahawa suhu bumi akan semakin bertambah ke tahap 1.4 darjah celsius pada kadar suhu terkini bumi 2.5 darjah celcius yang mana kemerosotan ini disumbang oleh Amerika Syarikat dan China. Pendedahan terbaharu ini sekali gus menunjukkan bahawa setiap pelan dan rancangan manusia dalam menangani isu berkaitan perubahan iklim tidak berkesan.
Situasi kemanusiaan 'bencana' di Gaza
Menteri Luar Kanada Melanie Joly meluahkan kebimbangan mendalam terhadap situasi kemanusiaan "bencana" di Gaza, memberi amaran bahawa tahap kekurangan zat makanan akut telah mencapai tahap melampau yang mengancam nyawa. Memetik agensi Berita Palestin (WAFA) kata Joly berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Kajian Kebuluran pada 8 November lalu menekankan kemungkinan besar kebuluran akan berlaku di kawasan utara Gaza.
10 maut, rumah orang tua terbakar di Sepanyol
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah rumah yang menempatkan warga emas terbakar di bandar Villafranca del Ebro di utara Sepanyol, pada Jumaat.
[TERKINI] Pasukan MLBB Malaysia muncul juara dunia
Pasukan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Jumaat.
Fahmi minta MCMC teliti laporan dakwa pendirian Malaysia berubah
Fahmi akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti laporan media yang memberi gambaran seolah-olah pendirian negara berubah berhubung isu berkaitan.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Fahmi mengkritik tindakan sesetengah pihak, yang mengambil hanya satu bahagian daripada wawancara bersama Perdana Menteri dan kemudian menyebarkan fitnah, beri gambaran seolah-olah Malaysia iktiraf kewujudan Israel.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.
Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah
Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025 walaupun beberapa cadangan yang dikemukakan bukan suatu perkara baharu, kata CIMB Securities Sdn Bhd
1 juta rakyat New Zealand sukar miliki rumah
Kajian Consumer New Zealand mendapati, 41 peratus bukan pemilik rumah percaya mereka tidak memiliki kemampuan kewangan untuk memiliki rumah.
Kerjaya dalam bidang hartanah kini menjadi pilihan ramai
Ramai perunding baru daripada pelbagai bidang pendidikan yang berbeza memilih kerjaya dalam bidang hartanah sebagai pilihan utama masa kini.
Presiden Indonesia bincang prospek pelaburan dengan taikun hartanah di Abu Dhabi
Joko Widodo dijadual melawat Abu Dhabi minggu hadapan untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai potensi pelaburan di Nusantara.
Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI
Bagi suku pertama 2024, penyusutan nilai ringgit telah menarik pelabur hartanah global dengan pembeli dari China merupakan paling aktif.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
70 peratus pembangunan hartanah di Forest City terjual
Mohd Jafni berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.