Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memberi jaminan bahawa projek perumahan PR1MA di Bandar Ekar, Rantau yang terbengkalai akan dapat disiapkan.
Jelasnya, ketika ini kementeriannya sedang berusaha mencari kontraktor penyelamat bagi menggantikan kontraktor yang bermasalah.
Beliau menjangkakan projek yang telah lebih 50 peratus siap itu akan selesai selewat-lewatnya Mei tahun depan.
“Saya dapat laporan PR1MA Bandar Ekar mula pembinaan 2017 dan sepatutnya habis Januari 2019.
"Masalah kontraktor maka KPKT dalam proses sudah dapat mengenal pasti kontraktor penyelamat dan kontraktor penyelamat ini akan melakukan kerja secepat mungkin.
"Insya-Allah projek ini akan tamat pada tahun 2020,” katanya pada sidang media di Bandar Sri Sendayan di sini pada Ahad.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, projek perumahan berkenaan masih dalam kawalan dan bukan masalah kritikal.
“Maknanya projek ini ada kelewatan selama 16 bulan. Pada hemat saya lewat satu setengah tahun bukan satu perkara besar yang lebih kritikal adalah projek yang lebih 10 tahun.
"Ini masih under control. Saya sendiri akan pastikan kerja akan dimulakan dan diteruskan,” tambahnya.
Ia melibatkan 776 unit rumah melibatkan 210 rumah satu setengah tingkat, dan 566 adalah rumah dua tingkat.
“Setakat ini, unit yang telah dijual adalah 80 peratus iaitu 620 unit sudah dijual dan ada tua punya. Yang membuat bantahan semalam adalah mereka yang membeli rumah dan mula bayar.
"Memang projek ini lewat 3 bulan. Kita akan buat balik dan akan abis pada Mei 2020,” tambah beliau.
Pada Ahad, sekumpulan pembeli rumah PR1MA di Rantau menggesa pihak kementerian terlibat menyelesaikan isu pembinaan projek perumahan berkenaan yang masih terbengkalai.
Projek berkenaan sepatutnya siap sepenuhnya pada 31 Januari lalu.
Rahimah Abdullah
Sun Apr 07 2019
ZURAIDA: Insya-Allah projek ini akan tamat pada tahun 2020. -Astro AWANI
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
Projek PR1MA Rantau akan siap melalui kontraktor penyelamat - Zuraida
Beliau menjangkakan projek yang telah lebih 50 peratus siap itu akan selesai selewat-lewatnya Mei tahun depan.