Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C premium paling popular di Malaysia, dipilih menjadi antara kenderaan rasmi bagi persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Dr Li Chunrong berkata model tersebut akan digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu yang mempromosikan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.
"Proton berbesar hati menyokong Malaysia yang menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC 2020.
"Berasaskan ciri-ciri pintar, pengendalian yang mantap serta penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kenderaan Baharu ASEAN (ASEAN NCAP), kami percaya Proton X70 boleh mencerminkan kerjasama erat antara negara-negara melalui persidangan seperti APEC untuk menaik taraf antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan keupayaan keseluruhan industri dan ekosistem sokongan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Proton, delegasi dari 21 ekonomi akan melawat Malaysia sepanjang 2020 memandangkan jawatankuasa dan kumpulan kerja di bawah APEC akan membincangkan pelbagai isu ke arah penyepaduan ekonomi serantau.
Perbincangan mengenai liberalisasi perdagangan dan pelaburan juga dipertingkat dengan menangani isu-isu antaranya mengenai penerimaan pendigitalan, memperkukuhkan usaha pembangunan modal insan, meningkatkan pemerkasaan wanita, menurut Proton.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 11 2019

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Dr Li Chunrong berkata model tersebut akan digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu. - Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Impak COVID-19 lebih teruk berbanding perang dagang AS-China - Muhyiddin
Krisis kesihatan dan impaknya kepada ekosistem ekonomi global merupakan agenda utama kepada semua ekonomi APEC pada tahun ini.

21 pemimpin APEC nyata komitmen, mudahkan cara akses vaksin COVID-19
Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

APEC 2020: Negara APEC yang sertai RCEP dijangka patuh pada sistem WTO - Penganalisis
Dengan pematuhan terhadap sistem WTO, ia akan mudahkan usaha penyelesaian terhadap sebarang pertikaian dalam RCEP.

APEC 2020: Malaysia cadang tiga keutamaan rangkumi semua aspek ekonomi
Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) diseru untuk berganding bahu ketika berhadapan situasi untuk mengawal dan memulihkan ekonomi yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19.

Sepentas secara maya, ini atur cara malam kemuncak pemimpin APEC
Mesyuarat secara maya itu akan bermula pada 8 malam, seiring 8 zon waktu berbeza melibatkan kesemua pemimpin anggota ekonomi APEC.

Masa depan internet terbuka sedang terancam - COO Facebook
Pandemik COVID-19 telah membuktikan nilai kesalinghubungan dan kerjasama melangkaui sempadan serta peluang ekonomi yang dicipta melalui internet terbuka yang mudah diakses.

Trump bakal sertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2020 - Agensi
Kehadiran Trump pada AELM kali ini adalah penglibatan pertama beliau sejak 2017, dan ia adalah satu-satunya penyertaan semasa pentadbirannya.

Dialog CEO APEC Malaysia 2020 penghubung pemimpin kerajaan, perniagaan
Ia akan menumpukan perbincangan terhadap cabaran ketara rantau ini serta dunia dan bentuk kerjasama kerajaan mahu pun sektor swasta untuk memacu pertumbuhan berikutan pandemik COVID-19.