Sempena hari pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 bulan depan, tarikh 8 hingga 10 Mei diumumkan sebagai hari pelepasan am buat pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Rektornya, Prof Datuk Zaleha Kamaruddin mengumumkan perkara itu menerusi notis rasmi selepas menerima cadangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM bagi memudahkan warga UIAM menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kami sudah membuat permohonan cuti tersebut kepada pejabat rektor sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pengumuman pada 10 April.
“Pelepasan cuti ini melibatkan semua pelajar di tiga kampus UIAM iaitu Gombak, Kuantan dan Pagoh," menurut kenyataan itu.
Selain UIAM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut mengumumkan tarikh 9 Mei ini sebagai cuti pelepasan am bagi warganya.
Atiqah Ismail
Tue Apr 17 2018

Pihak pentadbiran UIAM umum cuti 8, 9 dan 10 Mei bagi semua warga bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. -Foto Facebook IIUMOfficial

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

PRU14: UIAM cuti 8 hingga 10 Mei
Ia bagi memudahkan warga UIAM menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).