Rata-rata ibu bapa menyokong hasrat kerajaan melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP) yang diumumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Isnin lepas, dan menganggap langkah itu akan dapat mengurangkan beban ibu bapa yang bekerja sekali gus menjimatkan masa dan wang perbelanjaan harian.
Seorang penjawat awam, Azura Ahmad, 35, berkata cadangan kerajaan untuk memberi sarapan percuma kepada pelajar dapat memastikan setiap anak-anak mendapat sarapan pagi yang shat.
Menurutnya ia juga dapat mengurangkan beban ibu bapa terutama bagi mereka yang tidak sempat menyediakan sarapan pagi atas faktor kekangan masa terutamanya ibu bapa yang bekerja jauh.
"Ibu bapa yang bekerja jauh sebagai contoh terpaksa melalui perjalanan jauh dari Seremban untuk bekerja di Kuala Lumpur, menyebabkan adakalanya mereka tidak sempat menyediakan sarapan pagi.
"Bagi menjimatkan masa ada yang menyediakan makanan secara ringkas seperti menggoreng nugget atau sosej. Paling tidak pun memberi duit kepada anak-anak untuk membeli makanan sendiri dan sudah tentu kita tidak tahu sama ada makanan yang dibeli mereka benar-benar berkhasiat, bersih ataupun tidak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Rabu.
Tambahnya lagi, PSP dapat mengurangkan beban keluarga yang susah dan kurang berkemampuan terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.
Sementara itu, seorang penduduk Nilai, Mohamad Faruq Yunus, 31, yang juga merupakan kakitangan kerajaan berkongsi pandangan sama dan menyifatkan PSP dapat menjimatkan wang perbelanjaan harian.
"Dengan adanya PSP ini ia secara tidak langsung menjimatkan masa ibu bapa yang bekerja untuk menghantar anak terus ke sekolah selain menjimatkan wang perbelanjaan sekolah.
"Saya beri belanja sekolah kepada anak RM5 sehari dan mungkin dengan adanya sarapan percuma ini boleh menjimatkan RM2 hanya untuk sarapan pagi sekali gus meringankan bebangan perbelanjaan bulanan keluarga yang mempunyai tanggungan anak ramai," katanya.
Bagi ibu salah seorang murid Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin, Norafizah Abu Zahar, 37, selain membantu menjimatkan masa bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, program PSP ini boleh melatih dan menerapkan nilai-nilai murni terhadap pelajar dari awal usia.
"Melalui PSP, pelajar turut dididik mengenai disiplin dan kebersihan kerana selepas makan mereka perlu mengemas sendiri pinggan yang digunakan. Jadi ia memberi perkembangan positif dalam mendidik anak-anak ini supaya lebih bertanggungjawab," katanya.
Bagaimanapun, terdapat ibu bapa yang berharap pemberian makanan bagi sarapan percuma kepada pelajar sekolah rendah ini perlu seimbang dan berkhasiat.
Seorang kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia, Mohamad Rozaymie Zaily, 33, berkata pihak yang bertanggungjawab menguruskan penyediaan sarapan pagi itu perlu menyediakan makanan secara sihat dan berkhasiat.
"Program ini baik kerana ia memastikan anak-anak ini bersarapan di sekolah namun pihak sekolah atau pihak kantin perlu memastikan penyediaan makanan ini secara sihat dan nutrisi bukan makanan segera atau makanan proses," katanya.
PSP akan menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedia ada dan sarapan ini nanti akan disediakan oleh pengendali kantin di setiap sekolah terlibat.
PSP dicadang untuk dilaksanakan selama 30 minit, antara pukul 7.00 dan 8.30 pagi bagi sekolah sesi pagi dan antara pukul 12 tengah hari dan 4.00 petang bagi sekolah sesi petang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019

PSP akan menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan sedia ada dan sarapan ini nanti akan disediakan oleh pengendali kantin di setiap sekolah terlibat. - Gambar hiasan

PM Anwar tiba di Hanoi untuk lawatan kerja dua hari ke Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, esok.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global. Pad
Agenda AWANI: Tumpuan laporan Ketua Audit Negara
Apa tambah baik dalam soal pengurusan kewangan dan tatakelola wang awam agensi Persekutuan susulan Laporan Ketua Audit Negara 1 2025 supaya kesalahan sama tidak berulang? Diskusi bermula 8.30 malam.
Agenda AWANI: Tumpuan laporan Ketua Audit Negara
Apa tambah baik dalam soal pengurusan kewangan dan tatakelola wang awam agensi Persekutuan susulan Laporan Ketua Audit Negara 1 2025 supaya kesalahan sama tidak berulang? Diskusi bermula 9.00 malam.

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.
Pencarian MH370 di Lautan Hindi bermula di zon pencarian baharu
Pencarian MH370 dimulakan di Lautan Hindi dengan menggunakan kapal sokongan laut milik Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Kementerian Arab Saudi galakkan jemaah umrah dapatkan vaksin meningitis
Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggalakkan jemaah umrah yang akan berkunjung pada bulan Ramadan untuk mendapatkan vaksin meningitis.

ASEAN tegaskan pendirian, konflik Ukraine-Rusia perlu diselesaikan secara aman
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini menegaskan semula pendirian blok serantau itu bahawa konflik Ukraine dan Rusia mesti diselesaikan secara aman.
PERKESO perkasa Rawatan Bencana Kerja, mudahkan akses pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

PSP kurang beban ibu bapa bekerja, jimatkan wang perbelanjaan
Terdapat ibu bapa yang berharap pemberian makanan bagi sarapan percuma kepada pelajar sekolah rendah ini perlu seimbang dan berkhasiat.

#JendelaRamadan: Tips pilih makanan sihat di bazar Ramadan
Persoalan yang sering timbul adalah bagaimana hendak memastikan makanan yang dibeli di bazar Ramadan itu berkhasiat atau tidak.