Kerajaan negeri Pulau Pinang diminta menunjukkan keikhlasan dalam memperjuangkan hak-hak kemanusiaan dengan membenarkan penempatan sementara kepada pelarian Rohingya dan Bangladesh diwujudkan di negeri itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jabatan Imigresen telah mengenal pasti beberapa lokasi, termasuk di Pulau Pinang, untuk menempatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh yang masih terkandas di perairan antarabangsa.
Namun, beliau berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, mahu pelarian-pelarian ini ditempatkan di tanah-tanah milik kerajaan Persekutuan.
"Sudah tentu kita mahu melihat keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai DAP dan dianggotai PAS dan PKR yang menjadi jaguh pejuang kemanusiaan sejati dan sentiasa menyalahkan kerajaan Persekutuan tidak melaksanakan dasar-dasar kemanusiaan, untuk menerima pelarian berkenaan di Pulau Pinang.
"Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan lebih ikhlas berbanding Pulau Pinang dalam penempatan sementara pelarian. Saya berharap masyarakat dapat menilai keikhlasan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Maktab Penjara Malaysia di sini pada Ahad.
Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mencadangkan Pulau Pinang sebagai lokasi terbaik untuk dijadikan penempatan sementara 7,000 pelarian Rohingya yang masih terdampar di perairan antarabangsa bagi memudahkan semua agensi menguruskan penempatan mangsa pelarian.
Namun, sebuah portal pada Ahad melaporkan Lim sebagai berkata bahawa kerajaan Pulau Pinang mahu pendatang Rohingya dan Bangladesh ditempatkan di tanah milik Kerajaan Persekutuan kerana negeri itu menghadapi masalah tempat kosong sama ada di bahagian pulau atau tanah besar.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengenal pasti lokasi penempatan sementara 7,000 pelarian Rohingya dan Bangladesh.
Beliau berkata kini sejumlah 2,800 pelarian ditempatkan sementara di Depot Tahanan Imigresen di Belantik, Sik, Kedah.
Ditanya tarikh pelarian itu akan dibawa masuk ke perairan Malaysia, Ahmad Zahid berkata Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia masih memantau dan tiada tarikh ditetapkan.
Ahmad Zahid menyarankan agensi antarabangsa seperti Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan International Organisation of Migrations (OIM) lebih terbuka dalam menyediakan peruntukan bagi pendatang di negara ini.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen membiayai RM6.50 seorang setiap hari dan perbelanjaan yang besar ini harus dikongsi bersama UNHCR dan IOM.
"Kita juga menyeru agar badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengikut jejak langkah Kelab Putra 1Malaysia dalam membantu selain NGO berasaskan perubatan yang tampil memberi rawatan kepada pendatang-pendatang," katanya.
Apabila ditanya sama ada rakyat tempatan terlibat dalam penyeludupan manusia, Zahid berkata Jabatan Imigresen sedang melakukan siasatan di kalangan pelarian dalam tahanan.
"Kita telah melakukan saringan. Saya yakin mereka akan memberitahu dalam masa terdekat di mana dan siapa rakyat tempatan yang terlibat.
"Daripada maklumat awal, ejen dari negara sumber sama ada Myanmar atau Bangladesh juga terlibat dengan menggunakan beberapa orang tempatan di Thailand untuk mengaut keuntungan mencari peluang ketika orang susah," katanya.
Bernama
Sun May 24 2015
AHMAD ZAHID: "Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan lebih ikhlas berbanding Pulau Pinang dalam penempatan sementara pelarian. - Gambar Fail
Nawaf Salam peroleh sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai PM
Nawaf Salam memperoleh sokongan mencukupi daripada ahli parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baharu.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Biden umum sekatan eksport teknologi AI buatan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian.
Tumpuan Selasa – 14 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Fly Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Sekolah dibuka semula kecuali tujuh sekolah masih ditutup
Hampir semua sekolah awam di kawasan Los Angeles akan dibuka semula pada Isnin, walaupun anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar yang telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,000 struktur.
Penduduk Gaza terus menderita
Penduduk Palestin di bandar Gaza tidak lagi tahu di mana tempat selamat untuk berlindung sekali gus meneruskan kehidupan.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Indonesia perhebat kesiapsiagaan bencana letusan
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia telah mempergiatkan usaha kesiapsiagaan kecemasan, memfokuskan kepada aktiviti gunung berapi di Gunung Ibu, Gunung Lewotobi Laki-Laki dan Gunung Merapi ketika letusan terus menimbulkan risiko kepada masyarakat setempat.
Kyushu Jepun bergegar, amaran Tsunami dikeluarkan
Amaran tsunami dengan ketinggian maksimum 1 meter telah dikeluarkan untuk wilayah selatan Miyazaki dan Kochi.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
TPM Ahmad Zahid saran utamakan kualiti, teruskan Menu Rahmah di kampus
Operator atau pengendali makanan di kampus universiti awam disaran supaya mengutamakan penyediaan makanan yang seimbang dan sihat, serta tidak hanya berfokus pada keuntungan semata-mata.
'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.
2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Krismas: Ahmad Zahid, Fadillah ajak rakyat Malaysia bersama-sama fahami kepentingan perpaduan
Ahmad Zahid Fadillah mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memahami kepentingan perpaduan, keharmonian dan saling menghormati.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.