Pulau Sebatik yang terletak di Tawau, Sabah amat unik.
Pulau dengan keluasan 452 kilometer persegi itu terbahagi kepada dua wilayah. Bahagian utaranya milik Malaysia, sementara selatannya pula adalah sebahagian wilayah Indonesia.
Kedudukan ini memberikan cabaran tersendiri kepada penduduknya.
Menjelang Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, Astro AWANI meninjau kawasan dengan populasi 25,000 orang itu untuk melihat sendiri kehidupan rakyat Sabah di situ, serta cabaran yang mereka hadapi.
Sejak generasi ke generasi, penduduk pulau ini masih bergantung kepada hasil laut untuk menyara hidup.
Ibarat kais pagi makan pagi, setiap hasil yang diperoleh terpaksa dibelanjakan untuk kegunaan harian.
Bagi seorang nelayan kecil, Arbain Jainudin, 49 tahun, rezekinya semakin hari semakin terhimpit angkara kapal pukat tunda yang beroperasi di pesisir laut.
“Kehidupan kami semakin susah, bukan makin senang, akibat gangguan dari pihak nelayan negara jiran dan bot ekspres melanggar pukat yang mereka pasang (orang kampung). Mereka tuntut ganti rugi, tapi tidak dipedulikan,” kata Arbain.
“Aktiviti pukat tunda pula mengaut dan mengambil segala hasil laut termasuk ikan-ikan kecil dan udang,” katanya lagi.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan aktiviti bot ekspres yang menyebabkan ombak besar dan merosakkan alat menangkap ikan.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Muis Picho meminta kerajaan mempertimbangkan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di pulau ini dalam usaha memperketat kawalan keselamatan perairannya.
“Dengan adanya CIQ, saya boleh nampak perubahan di Pulau Sebatik. Seperti mana negara sekalipun, sekiranya kawasan persempadanan dengan negara jiran, kena ada CIQ,” kata Muis.
Pembinaan CIQ di lokasi ini juga strategik kerana ia membabitkan salah satu kawasan di dalam Zon Selamat Timur Sabah, ESSZone.
Menurut Muis, langkah ini pada masa sama, dapat meningkatkan tahap ekonomi penduduk setempat serta mengubah landskap sosioekonomi pulau itu.
“Ada kapal barang hendak hantar ke Tawau. Masuk ke Pulau Sebatik. Tanah boleh kita sediakan dalam 100 ke 200 ekar di kawasan Tanjung Arang,” jelasnya.
Pulau yang menjadi milik dua negara ini amat strategik kerana ia merupakan laluan utama bagi kemasukan kapal-kapal dagang dan bot ekspres yang membawa pekerja asing dari Indonesia.
Beliau percaya, kewujudan CIQ di Pulau Sebatik mampu membantu pihak keselamatan membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan selain dapat memastikan keselamatan di perairan Pulau Sebatik Malaysia dan Pulau Sebatik Indonesia yang dilihat agak longgar..
Muis turut menggesa agar agensi di bawah pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) memperketatkan penguatkuasaan dan membuat rondaan terutama di beberapa laluan tikus yang telah dikenal pasti.
Ridzal Abdullah
Sun Nov 23 2014
Kedudukan Pulau Sebatik yang unik memberikan cabaran tersendiri kepada penduduknya. -Gambar Astro AWANI
WhatsApp mudahkan anda beri emoji reaksi dengan hanya ketik dua kali pada mesej
Pengguna hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.
[TERKINI] Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Pihak berkuasa Korea Selatan telah menahan Presiden Yoon Suk Yeol hari ini atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat pada 3 Disember lalu.
Lapor media antarabangsa, kenderaan rasmi Yoon meninggalkan kediaman berbukit yang telah menjadi tempat perlindungannya selama beberapa minggu.
Lapor media antarabangsa, kenderaan rasmi Yoon meninggalkan kediaman berbukit yang telah menjadi tempat perlindungannya selama beberapa minggu.
TSMC dibenar mengilang cip dengan teknologi 2nm di luar Taiwan
TSMC Dibenarkan Mengilang Cip Dengan Teknologi 2nm Di Luar Taiwan
Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit di Johor, tiga negeri kekal
Jumlah mangsa banjir di Johor sedikit meningkat pagi ini berbanding malam tadi manakala situasi di Perak, Pahang dan Sarawak tidak berubah.
Bursa Malaysia meningkat semula didorong momentum belian berterusan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.60 mata kepada 1,580.06 daripada 1,576.46 semalam.
Prince Court hospital swasta pertama di Malaysia berjaya lakukan prosedur ESG
Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) merupakan rawatan baharu inovatif untuk masalah obesiti.
Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
PGA menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.
Kerana ‘Brad Pitt,’ wanita Perancis kemurungan, bercerai dan wang RM3.85 juta lesap
Scammer reka cerita Brad Pitt terdesak perlukan wang untuk rawatan buah pinggang, wang simpanannya dibekukan susulan kes cerai dengan Angelina Jolie.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang AS itu merosot.
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB
Tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan pada Selasa.
PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.
Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
PRK Pulai: 30 peratus pengundi bekerja di Singapura, beberapa kaunter akan dibuka
Usaha itu dilakukan bagi memastikan sekitar 30 peratus pengundi Parlimen berkenaan dapat pulang pada hari mengundi ini.
Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor
Pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri dilihat semakin cekap dan baik.
Dua lagi warga asing ditahan kencing di tempat awam BSI
Dua lelaki warga asing ditahan kerana kencing di tempat awam di dalam bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Selasa lepas.
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.