Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap punca kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, akan dapat dipastikan apabila keputusan analisis bedah siasat dikeluarkan pada minggu hadapan.
Pada masa ini, beliau berkata kementerian itu sedang menanti waris terdekat mangsa untuk mengenal pasti mayat dan juga untuk memberikan sampel DNA untuk pengesahan.
"Mengenai identiti mangsa (Jong-nam), kami memerlukan bahan tambahan seperti waris terdekat, data mangsa sebelum ini, kami perlu dapatkan pengesahan mengenainya.
Setakat ini di pihak kami, punca kematian mungkin dapat dipastikan minggu depan, katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis sambutan kapal Nautical Aliya yang telah menyelesaikan misi 'Food Flotilla for Myanmar' dan berlabuh di Boustead Cruise Centre, di sini hari ini.
Dr Subramaniam berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini berkenaan bedah siasat kes kematian Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata kementerian itu akan bekerja rapat dengan polis untuk memudah cara pengecaman identiti mayat mangsa.
Setakat semalam, tiada anggota keluarga atau waris terdekat Jong-nam, tampil untuk memberikan sampel DNA atau mengecam mayat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang akhbar yang padat dengan pengamal media semalam, berkata laporan media tempatan dan asing yang mendakwa anak lelaki Jong-nam, Kim Han-sol telah memberi sampel darah untuk mengenal pasti mayat di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini, hanyalah sekadar khabar angin.
Pada 13 Feb, Jong-nam, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita dikatakan menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.
Jong-nam, yang datang ke Malaysia pada 6 Feb lepas menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2017

Dr S. Subramaniam berharap punca kematian Kim Jong-nam akan dapat dipastikan pada minggu hadapan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Suspek tiada tanda-tanda sakit berkaitan agen saraf VX - Subramaniam
Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak mengalami kesan agen saraf VX yang diguna dalam melakukan pembunuhannya.

Punca kematian Jong Nam mungkin diketahui minggu depan - Dr Subramaniam
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap punca kematian Kim Jong-nam akan dapat dipastikan apabila keputusan analisis bedah siasat dikeluarkan pada minggu hadapan.

KKM ambil sampel tepung gandum dakwa ada peluntur
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.

48 hospital usia lebih 50 tahun jalani audit keselamatan - Subramaniam
Antara hospital berusia lebih 50 tahun dan masih beroperasi ialah Hospital Batu Gajah (136 tahun), Hospital Balik Pulau (136), Hospital Pulau Pinang (81) dan Hospital Perlis (97).

IMR uji strain virus Zika jangkiti dua beradik - menteri
Seorang wanita hamil berusia 35 tahun di Miri dan kakaknya berumur 39 tahun di Setapak, Kuala Lumpur merupakan kes kelima dan keenam disahkan dijangkiti virus itu di negara ini.

Risiko penyakit tidak berjangkit semakin meningkat di Malaysia - Subramaniam
Kebanyakkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan paras kolesterol dalam darah dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

Kementerian terus pantau produk tenusu - Dr Subramaniam
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pemantauan akan terus dilakukan selagi perlu.
'Cadangkan kos pentadibiran pembantu rumah'
Kementerian Sumber Manusia meminta semua pihak mengemukakan cadangan secara rasmi berhubung kos pentadbiran pembantu rumah Indonesia.

PAPA diminta kemuka kos ambil amah
PAPA diminta mengemukakan kos perbelanjaannya dalam pengambilan pembantu rumah Indonesia untuk kelulusan kerajaan