Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM) menasihatkan ibu bapa supaya tidak membeli mainan berbentuk lendir yang berwarna warni yang dikenali sebagai Crystal Slime Clay kerana mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai Sodium Tetraborate atau Borax.
Pengarah Pusat Racun Negara USM, Prof Datuk Dr Mohamed Isa Abd Majid berkata kebiasaannya kanak-kanak cenderung untuk menggigit dan memakan benda yang berbentuk lendir atau bergetah.
Dr Mohamed Isa menjelaskan sekirannya kanak-kanak termakan bahan yang mengandungi Borax ia boleh menyebabkan kematian.
"Sekiranya Borax termasuk dalam saluran pemakanan akan bertukar menjadi asid borik di dalam saluran makanan kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebelum ini, Pusat Racun Negara USM pernah menerima laporan melibatkan kematian 13 kanak-kanak akibat asid borix yang terdapat dalam makanan.
"Pada Oktober 1988, 13 kanak-kanak berusia dua setengah tahun hingga 11 tahun meninggal dunia akibat memakan Loh See Fun yg mengandungi asid borak yang tinggi," katanya lagi.
Justeru Dr Mohamed Isa menggesa agar ibu bapa agar berhati-hati dan tidak membeli mainan seperti Crystal Slime Clay secara atas talian atau di pasaran.
"Saya dapati bahawa bahan mainan bergetah ini boleh dibeli secara online jadi saya khuatir jika ibu bapa membuat pembelian dibuat secara online.
"Jika dilihat kandungan bahan kimia yang terdapat dalam mainan ini, kami di Pusat Racun Negara sangat khuatir akan berlaku kes keracunan akibat kanak-kanak termakan bahan bergetah ini.
"Sebagai gesaan kepada masyarakat di Malaysia diharap demi keselamatan kanak-kanak kita berjaga-jaga agar kita tidak membeli mainan seperti ini," katanya.
Selain itu, Dr Mohamed Isa berkata Pusat Racun Negara juga berharap agar kerajaan membangunkan daftar bahan-bahan kimia yang terdapat dalam mainan kanak-kanak dan juga bahan di rumah.
Daftar ini penting kerana amaran awal boleh diberikan kepada kerajaan untuk tidak membenarkan bahan mainan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi tidak dibawa masuk ke negara ini.
"Perlu ada satu daftar yang menunjukkan bahan kimia yang terdapat yang digunakan dalam mainan kanak-kanak dan bahan-bahan di rumah agar kita dapat memberi maklumat awal sekiranya bahan seperti ini dibiarkan tanpa sebarang kawalan oleh pihak kerajaan," katanya.
Astro AWANI sebelum ini menyiarkan laporan mengenai mainan berbentuk lendir yang berwarna-warni yang dikenali sebagai Crystal Slime Clay yang kini menjadi fenomena di China.
BACA: Awas! Jangan beli mainan ini untuk anak anda, ia boleh bawa maut
Irwan Muhammad Zain
Sat Mar 24 2018

Sekirannya kanak-kanak termakan bahan yang mengandungi Borax ia boleh menyebabkan kematian. - Foto www.chinapress.com.my

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Pusat Racun Negara nasihatkan ibu bapa tidak beli mainan Crystal Slime Clay
Bahan kimia yang mengandungi Borax akan bertukar menjadi asid borix dalam saluran makanan kanak-kanak.