Kejadian puting beliung berlaku pada jam 3 petang tadi sekitar Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah menjadikan ia kejadian keempat berlaku di negeri tersebut.
Menurut laporan Bernama, sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau rosak teruk akibat dilanda putting beliung.
Pusaran angin dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit.
Seorang mangsa, Che Tim Ahmad, 54, berkata kepada Bernama, ketika itu dia bersama dua anak Mohamad Azrul Zainal, 14, dan Zahirah Zainal, 16, dikejutkan dengan deruman angin kuat yang mengangkat serta merosakkan bumbung rumah mereka dalam sekelip mata.
Suri rumah itu berkata mereka terpaksa berlindung dalam rumah kerana tidak dapat membuka pintu utama disebabkan tekanan angin yang kuat.
"Saya dan dua anak panik ketika itu dan hanya mampu berdoa selepas tidak dapat buka pintu. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Beberapa orang ramai mula memuatnaik foto kejadian tersebut di media sosial.
November lalu, puting beliung telah melanda Taman Wira Mergong, Alor Setar dan menyebabkan 13 rumah rosak teruk.
Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat', turut melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah.
Astro Awani
Wed Nov 12 2014
Antara foto puting beliung di Kuala Sala yang dikongsi orang ramai di media sosial
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
Tragedi Syawal, pelajar maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan
Sebaik tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa yang cuba melintas jalan.
Dua beranak terselamat dalam kebakaran
Seorang ibu dan anak lelakinya nyaris rentung dalam kejadian kebakaran di Jalan Sungai Daun, Kampung Sungai Daun, Kota Sarang Semut.
Isteri sarat mengandung pernah tinggal atas pokok kerana miskin
Malah ketika sarat mengandung, Mohamad Amir dan Nor Zalila pernah menjadikan sebatang pokok sebagai tempat untuk berteduh selama hampir setahun.
Lelaki nyaris maut tergantung dari pokok kelapa dengan leher terbelit tali
Dalam video yang tular di media sosial Mohd Zulhisyam Zulkifli bagaimanapun sempat diselamatkan oleh rakannya yang berada di tempat kejadian.
Puting beliung landa Kedah lagi
Satu kejadian puting beliung berlaku pada jam 3 petang tadi sekitar Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah.