Tiada keperluan untuk melaksanakan kuarantin ke atas penduduk di beberapa kawasan di daerah Serian, Sarawak yang terjejas akibat virus penyakit anjing gila atau rabies buat masa ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata tindakan bagi mencegah penularan wabak itu dikhuatiri akan menjejaskan aktiviti ekonomi dan sosial penduduk di kawasan berkenaan.
“Tindakan kuarantin (penduduk) itu kalau ia terlalu serius tetapi kita perlu fikir pro dan kontra sebelum ambil tindakan kuarantin di keseluruhan kawasan itu.
"Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) sedang giat melaksanakan pelbagai langkah pencegahan bagi memastikan wabak berkenaan tidak terus menular di kawasan lain," kata Anggota Parlimen Pasir Salak itu kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Aidilfitri Parlimen Pasir Salak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Degong yang turut dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung di sini malam tadi.
Tajuddin berkata beliau akan merujuk kepada JPVS dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan perkembangan terkini seterusnya mengadakan perbincangan mengenai tindakan pencegahan lebih serius yang perlu dilaksanakan.
Beliau berkata JPVS telah melakukan pelbagai langkah pencegahan terbaik sehingga kini seperti memperluaskan radius suntikan dan akan menambah jumlah vaksin anjing dan kucing mengikut keperluan semasa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga petang semalam, JPVS telah memvaksinkan 3,785 ekor haiwan kesayangan berbanding 2,801 ekor pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, sebanyak 952 ekor anjing, 2,810 kucing dan 23 haiwan lain telah diberi suntikan vaksin.
Secara kumulatif dari 1 April hingga 15 Julai, aktiviti pengesanan kes secara aktif mengesan sebanyak 290 kes gigitan anjing dalam kawasan 10 kilometer dari kawasan wabak di Bahagian Serian.
Kenyataan itu berkata sebanyak 66 daripada 290 kes gigitan merupakan kes gigitan baharu dari tempoh 2 Julai hingga semalam dengan 14 kes gigitan anjing baharu dikesan semalam dan sebanyak 229 kes telah diberi vaksin.
Kampung Paon Sungai Rimu, Kampung Paon Sungai Rimu Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Krait, Kampung Saroban dan Kampung Tangga di daerah Serian diisytihar sebagai kawasan wabak rabies setakat Khamis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2017

Sehingga petang semalam, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah memvaksinkan 3,785 ekor haiwan kesayangan berbanding 2,801 ekor pada Jumaat. - Gambar fail
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
11 termasuk pempengaruh TikTok ditahan terlibat rusuhan
Polis menahan 11 individu termasuk seorang pempengaruh media sosial kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Dua lelaki lecur 75 peratus, 3 kenderaan musnah
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus dan tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, di sini terbakar pada Sabtu.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).

Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.

Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.

Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.

NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.

NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.

Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.

Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.

SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.