Pihak polis hari ini meluaskan radius pencarian bagi mengesan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort, di Nilai pada Ahad, dengan melibatkan kawasan hutan dan penempatan penduduk.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, jumlah keanggotaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) juga ditambah.
Katanya, pada hari kedua ini, seramai 159 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Perhutanan Negeri dan penduduk tempatan digerakkan selain pihak polis turut mendapatkan bantuan 40 anggota pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.
BACA: Nora Anne perlu perhatian khusus' - Bapa saudara rayu bantuan
BACA: Remaja Ireland hilang, polis lancarkan pencarian
Jelasnya, kawasan sekitar resort adalah seluas kira-kira 1.21 hektar, bagaimanapun terdapat hutan berhampiran resort berkenaan seluas hampir 40 hektar.
Katanya, pasukan PGA, Jabatan Perhutanan dan kumpulan Orang Asli yang turut membantu dalam operasi pencarian akan memberi tumpuan di hutan manakala anggota selebihnya melakukan kerja-kerja mencari di kawasan sekitar.
“Resort tersebut tiga ekar, tetapi di belakang ada 100 ekar keluasan, maka kita terpaksa bahagikan kepada dua pasukan, satu pasukan tumpu ke hutan dengan bantuan Orang Asli, Batan Hutan, separuhnya lagi akan di luar dengan meliputi semua kawasan pentadbiran, perkampungan, hutan pekan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, sehingga kini pihak polis masih belum menemui sebarang petunjuk dan remaja perempuan itu juga difahamkan tidak membawa barangan peribadi seperti pasport dan telefon bimbit bersamanya.
Justeru, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menemui remaja berkenaan di mana-mana lokasi atau premis supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Astro AWANI semalam melaporkan seorang remaja warga Ireland yang mengalami masalah pembelajaran hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Nilai pada pagi Ahad.
Kehilangan remaja itu, Nora Anne Quoririn disedari abangnya kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum memaklumkan perkara itu kepada pemilik resort.
Mereka kemudian berusaha mencari remaja tersebut di sekitar resort tetapi gagal menemukannya.
Keluarga dari Ireland yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak itu tiba untuk bercuti di resort berkenaan sekitar jam 7 pagi kelmarin.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Aug 05 2019
Nora Quoirin tiba di Malaysia pada Sabtu untuk percutian selama dua minggu dan mereka sekeluarga menginap di Resort The Dusun Pantai Hill. - Foto Twitter@AislingAgnew
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Radius pencarian remaja Ireland yang hilang, Nora Anne diperluas dengan bantuan Orang Asli
Radius pencarian bagi mengesan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin , 15, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort, di Nilai pada Ahad diperluas.