Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli mengakui pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi pulangan dan manfaat kepada rakyat.
Sambil berharap bajet itu memberi kesan lebih positif kepada negara, beliau turut meminta kerajaan memberi penekanan kepada penyelesaian jangka panjang terhadap permasalahan dihadapi rakyat sekarang seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan isu pengambilan pekerja asing.
"Cuma pemberian (imbuhan Bajet 2018) itu perlu diseimbangkan dengan beberapa perkara iaitu perlu ada matlamat jangka panjang dengan mengambil langkah-langkah penting bagi menyelesaikan masalah rakyat sekarang," katanya semasa menjadi tetamu program Bicara Bajet 2018 yang disiarkan selama sejam di RTM1 malam tadi.
Program dihoskan Datuk Dahlan Maamor itu turut menjemput Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang juga anggota Parlimen Muar bagi membincangkan intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Jumaat lepas.
Mohd Rafizi berkata rakyat sebenarnya amat mengalu-alukan sebarang pengumuman kerajaan yang mampu memberi manfaat kepada mereka tanpa mengira parti politik yang memerintah.
"Bagi saya mudah, sebaik-baiknya kalau apa-apa dikembalikan kepada rakyat, saya tiada rungutan kerana lebih banyak diberikan (kepada rakyat) adalah lebih baik," kata Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mengulas perkara sama, Razali berkata Bajet 2018 bukanlah bajet 'gula-gula' seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat untuk menambah pendapatan dalam mendepani kos sara hidup yang tinggi.
"Ada bantuan mikrokredit diberikan Tekun, Amanah Ikhtiar Malaysia dan galakan kepada pengusaha untuk berniaga bagi menambah pendapatan, pengurangan cukai kepada nisbah yang rendah untuk mereka tambah pendapatan," katanya.
Mengenai Belanjawan Alternatif 2018 dibentangkan Pakatan Harapan yang antara lain mencadangkan penghapusan campur tangan politik dalam Felda, Mohd Rafizi berkata modul Felda ketika awal penubuhannya adalah terbaik dan menyaksikan agensi pembangunan tanah itu ditadbir oleh mereka yang pakar.
"Misalnya kalau perladangan, ada pakar perladangan, kalau hartanah orang yang pakar dalam itu dan dari segi tata kelola urusan Felda, ia boleh bertanggungjawab sama ada kepada lembaga pengarah, jabatan dan lain-lain," katanya.
Beliau mencadangkan supaya pentadbiran Felda diserahkan kepada mereka yang arif dalam bidang itu manakala ahli politik hanya perlu memastikan pengurusan agensi itu dikendalikan secara cekap seperti dikehendaki rakyat.
Mohd Rafizi turut mengakui Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad telah memainkan peranan yang baik bagi memastikan pengurusan Felda berada pada landasan yang betul dan baik untuk masa depan peneroka.
Turut senada dengan kenyataan Mohd Rafizi berhubung Felda, Razali mengakui Shahrir telah menjalankan tugas dengan baik.
Beliau berkata tindakan Shahrir menyusun semula pengurusan Felda dengan memberikan tanggungjawab kepada individu yang layak, banyak membantu perjalanan agensi itu.
"Contohnya ada wakil daripada Lembaga Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) serta melantik peguam, akauntan termasuk wakil Kementerian Kewangan serta wakil Felda sendiri," katanya sambil menyifatkan individu itu sebagai profesional serta berkecuali, dan bertindak semata-mata untuk memastikan Felda mendapat faedah maksima.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2017

Rafizi turut meminta kerajaan memberi penekanan kepada penyelesaian jangka panjang terhadap permasalahan dihadapi rakyat sekarang. -Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.

KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.

Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.

Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.

ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).