Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datin Paduka Rahmah Osman, 76 meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Tawakal di sini pada malam Selasa.
Anak sulungnya Rahatulkhairani Mustapha memberitahu ibunya meninggal dunia jam 10.15 malam dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Tun Dr Ismail di Petaling Jaya pagi ini.
Rahmah yang akan menyambut hari kelahirannya ke-77 pada 12 Jun ini, meninggalkan dua anak perempuan.
Allahyarham pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Akhbar Jabatan Penerangan, bergiat aktif dalam UMNO sejak 1950an dan dilantik sebagai senator pada 1979.
Pada pilihan raya umum 1982, beliau bertanding di parlimen Selayang dan mengalahkan calon DAP Lee Yee Lian dengan majoriti 30,909 undi, dan empat tahun kemudian bertanding di parlimen Shah Alam dan berjaya mengalahkan calon PAS Mustafar Abdul Kadir dengan majoriti 24,835 undi.
Allahyarham turut dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan pada 1982 dan dua tahun kemudian, dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.
Pada 1988, Allahyarham mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas berikutan krisis dalaman UMNO dan menyertai parti Semangat 46.
Bekas Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia itu, bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum 1990, dan pada 1994 kembali menyertai UMNO.
Bernama
Wed Mar 23 2016

Rahmah meninggal dunia jam 10.15 malam dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Tun Dr Ismail pagi ini. - Gambar Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Rahmah Osman meninggal dunia
Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datin Paduka Rahmah Osman, 76, meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Tawakal di sini pada malam Selasa.