Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan keadaan politik di negeri itu berikutan Barisan Nasional (BN) dilihat diselubungi krisis berhubung pemilihan menteri besar.
Dalam titah ucapan pada majlis pelantikan dan angkat sumpah Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar di Istana Arau, baginda bertitah baginda dukacita kerana sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN tidak hadir pada upacara itu.
Hanya tiga wakil rakyat Pakatan Harapan dan dua wakil rakyat PAS yang hadir.
BACA: Misteri 'kehilangan' 9 ahli DUN Perlis terjawab!
BN memenangi 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-14 9 Mei lepas untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah adalah menyedihkan bahawa apa yang mustahak bagi ADUN BN adalah siapa menteri besar daripada tubuhkan kerajaan negeri dengan melantik anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan membangunkan negeri.
"Pelantikan menteri besar kita mengambil masa yang begitu panjang berbanding negeri lain, boleh dikatakan kitalah yang akhir sekali nak tubuhkan kerajaan negeri, tentu ada sebab tertentu perkara ini berlaku.
"Pada 2008 lebih kurang perkara yang hampir sama berlaku dan makan masa dua minggu (untuk bentuk kerajaan). Ini kerana ada kepentingan sesetengah orang. Saya segan (tidak mahu) sebut nama tapi saya ingat tuan-tuan tahu kerana pada pagi ini sebilangan besar kumpulan itu tidak hadir," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah sehingga semalam, baginda mempunyai dua nama dalam senarai pendek untuk dilantik menteri besar iaitu Datuk Seri Azlan Man dan Datuk Ismail Kassim, adik pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Raja Perlis bertitah baginda tidak mahu mana-mana individu yang dilantik sebagai menteri besar menjadi boneka dan dikawal oleh 'kuasa luar'.
Titah baginda, baru-baru ini setiap wakil rakyat BN dipanggil menghadap kerana baginda tidak mengenali mereka dan telah mengajukan beberapa persoalan kepada mereka.
"Antaranya saya tanya boleh ke Yang Amat Berhormat (Azlan) dipelawa jadi menteri besar dan kebanyakan mereka kata tak boleh, kecuali dua tiga orang berani kata mereka cuba dan saya tanya siapa paling layak, berikan (nama) kepada saya.
"Jadi bila saya tanya soalan kepada wakil-wakil rakyat itu, mereka dilihat lebih patuh kepada ketua perhubungan UMNO negeri daripada ketua UMNO di peringkat pusat," titah baginda sambil menambah seolah-oleh mereka berada dalam genggaman seseorang.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda bimbang untuk memilih Ismail kerana baginda tidak mahu pilih menteri besar yang menjadi boneka dan dikawal oleh 'kuasa luar'.
Baginda bertitah individu yang dilantik sebagai menteri besar bersumpah menyimpan rahsia-rahsia dan jika Ismail dilantik sebagai menteri besar, beliau akan membocorkan rahsia itu kepada abangnya Shahidan.
"Jadi saya terus terang, saya tidak mahu kuasa luar 'control' (kawal) menteri besar, kalau Shahidan nak jadi menteri besar, dia patut bertanding kerusi DUN tapi dia bertanding kerusi Parlimen," titah baginda. Shahidan ialah anggota Parlimen Arau.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, bagaimanapun baginda pada awalnya tidak mahu memanjangkan cerita dan menganggap itu hanyalah syak wasangka.
"Tapi tengok pada hari ini, syak wasangka saya jadi 100 peratus betul sebab sembilan wakil rakyat BN tidak hadir (pada upacara angkat sumpah) kerana dikawal oleh seorang, tarik semua pergi Kuala Lumpur dan tidak mahu beri penghormatan untuk hadir pada majlis ini," titah baginda.
Baginda turut menyatakan bahawa tidak tahu mengapa semua ADUN BN berkenaan tidak hadir sedangkan undangan diedarkan dua hari lalu dan semua mereka berada di Perlis ketika itu.
"Ini yang saya bimbang dari awal tapi hari ini syak wasangka ini betul. Ini perkara kecil tapi kalau dibiar, lebih pada ini lagi akan berlaku. Saya harap tuan-tuan faham apa yang saya nak sampaikan.
"Saya suka Perlis maju dan rakyat dapat faedah, semua lapisan rakyat tak kira bangsa dan agama. Dibimbangi takut silap pilih menteri besar cuma satu kumpulan sahaja akan dapat faedah.
"Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap, saya dedahkan apa yang tak patut saya kata, tapi itulah perasaan saya... dengan cara ikhlas saya harap rakyat negeri ini faham pilihan saya," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 24 2018
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail (tengah) bergambar bersama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (lima, kiri) dan Anggota DUN PH selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau hari ini. -Bernama
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.
Wakil dari BN juga dalam senarai Exco - MB Selangor
Amirudin mengesahkan ada wakil daripada ADUN BN akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.
Politik Sabah: Shahelemy bersedia terima tindakan daripada BN
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat bersedia menerima apa saja keputusan sekiranya beliau tidak menyokong keputusan Barisan Nasional (BN).
Ada usaha tarik empat ADUN BN - Saarani
Saarani mendedahkan terdapat cubaan pihak tertentu mendapatkan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN pada awal pembentukan kerajaan negeri, minggu lalu.
Tiada jaminan ADUN BN sedia ada dicalon semula pada PRU15 - Saarani
Tiada jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) sedia ada di Perak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Saa
Raja Perlis tidak mahu menteri besar 'boneka'
Hanya tiga wakil rakyat Pakatan Harapan dan dua wakil rakyat PAS yang hadir.
'Belanjawan Selangor 2017 hanya wayang kulit'
Barisan Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyifatkan Belanjawan 2017 negeri itu sebagai hanya 'wayang kulit'.