Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Selasa berkenan melawat The Royal School of Needlework (RSN) di Hampton Court Palace, yang merupakan sebuah pusat kecemerlangan antarabangsa untuk seni sulaman tangan.
Baginda meluangkan masa di pusat tersebut yang terletak kira-kira 18 kilometer daripada bandar London itu hampir dua jam, melihat pelbagai jenis hasil seni sulaman oleh para pelajarnya dengan diiringi CEO RSN, Dr Susan Kay Williams.
Pusat itu menawarkan pelbagai kursus dari peringkat permulaan hingga ke peringkat lanjutan, manakala studionya menghasilkan tempahan khas dan juga menjalankan kerja-kerja pemulihan tekstil warisan bersejarah dan mengembalikan kegemilangannya.
Ketika lawatan tersebut, Raja Permaisuri Agong juga telah bermesra dan berkongsi pengetahuan baginda mengenai sulaman bersama para pelajar, ketika melihat hasil kerja mereka, termasuklah bersama Francesca Lim Shu Xuen, seorang pelajar tahun akhir di pusat tersebut, yang berasal dari Malaysia.
Tunku Azizah kendengaran bertitah menyatakan baginda juga mempunyai kesemua buku-buku dan sebahagian daripada peralatan sulaman, seperti yang dimiliki pelajar.
Baginda yang dikenali dengan kerja-kerja memajukan warisan kraf dan seni tradisi Malaysia, juga mengambil kesempatan untuk belajar 'jahit benih', satu jahitan sulam silang yang digunakan sebagai latar belakang.
Tunku Azizah baru baru ini menerima Anugerah Ikon Kraf 2019, daripada Majlis Kraf Dunia (WCC) dalam satu majlis di New Delhi, India.
Lim, 22, yang berasal dari Bandar Sri Damansara menyatakan rasa bangga beliau untuk dapat bertemu Raja Permaisuri Agong dan menunjukkan hasil kerjanya.
"Sekolah ini merupakan tempat terbaik bagi mempelajari seni sulaman dan saya berharap akan dapat bekerja dengan rumah fashion terkenal dunia, selepas saya menamatkan pelajaran," katanya ketika ditemui pemberita.
Sementara itu Baginda turut melawat Yayasan Queen Elizabeth untuk Orang Kurang Upaya (QEF) yang merupakan sebuah badan amal kebangsaan yang komited, menyediakan perkhidmatan mengubah kehidupan masyarakat, bagi membolehkan orang kurang upaya meningkatkan keupayaan dan mencapai matlamat hidup.
QEF membantu lebih 5,000 kanak-kanak dan orang dewasa dengan kecacatan fizikal atau pembelajaran atau kecederaan otak setiap tahun, dan membantu mereka untuk memenuhi potensi mereka dalam kehidupan.
Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berada di London, untuk lawatan khas ke United Kingdom sehingga 16 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 10 2019
Raja Permaisuri Agong dihadiahkan alat sulaman oleh tutor RSN Sarah Smith (kanan). - Bernama
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.