Rakyat daripada pelbagai peringkat disaran untuk memanfaatkan program siri jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan berkongsi cadangan dan pendapat supaya dasar kerajaan dapat direalisasikan menjelang 2050.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata program jelajah itu adalah platform paling tepat yang disediakan kepada rakyat untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negara.
"Kita faham ini program baharu dan mungkin masih ada yang kurang faham apa itu sebenarnya TN50 ini...sebab itu kita mahu seluruh peringkat masyarakat bekerjasama dengan kerajaan bersama-sama memberi pandangan mereka sebagai usaha melengkapkan transformasi ini.
"Kerajaan menerusi kepimpinan sedia ada akan mempergiatkan usaha memberi penerangan termasuk memperkasakan aktiviti turun padang bertemu rakyat bagi memberi pendedahan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Siri Syarahan Tahunan KSN 2017 Mengenai Agenda Transformasi Kerajaan anjuran Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, yang turut dihadiri Naib Canselornya Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.
Ali berkata pandangan atau idea golongan muda amat penting untuk didengar kerajaan memandangkan golongan itu merupakan penentu kepada kejayaan TN50.
"Sebab itu siri jelajah ini kita turut buka peluang kepada golongan belia dan para penuntut universiti selain penyertaan sektor kerajaan, swasta dan beberapa agensi serta badan bukan kerajaan yang lain," katanya.
TN50 yang dilancarkan pada 19 Jan lepas, digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
Ia menggariskan tujuh fokus yang dikenal pasti sebagai aspirasi generasi muda iaitu nilai murni, urus tadbir, persekitaran, pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan meletakkan Malaysia di pentas global.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2017

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata program jelajah itu adalah platform paling tepat yang disediakan kepada rakyat untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negara. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Alasan pemansuhan ADAM50 tidak boleh diterima - Khairy
"Pemansuhan ADAM50 ini kononnya kerana tidak mendapat sambutan adalah alasan yang dangkal dan tidak boleh diterima!" kata Khairy.

'Kita perlu jadikan BN pembangkang yang berwibawa' - KJ
Katanya, rakyat mahu Barisan Nasional dilihat sebagai pembangkang yang berintegriti dan bertanggungjawab.

Saiz perkhidmatan awam tidak akan dikuncupkan - KSN
Kerajaan tidak akan mengecilkan jumlah atau saiz perkhidmatan awam di negara ini dalam mendepani evolusi Tranformasi Nasional 2050 (TN50).

Pelan Integriti Nasional disemak semula
Integriti dalam proses menghalusi syor dan pandangan berkaitan Pelan Tindakan Nasional dan akan dilancarkan dalam waktu terdekat.

Saya sudah letih 'disuap' kerana ia hanya melemahkan - Anak muda
Aqib Jamal tidak mahu generasinya menjadi sejenis manusia yang menunggu dan mengharap daripada orang lain untuk kehidupan yang mudah. Anak muda Malaysia perlu kental dan berdikari.

Manifesto khas mekanisme penyelesaian masalah orang muda - Sivarraajh
Manifesto khas orang muda merupakan usaha bertanggungjawab Barisan Nasional (BN) dalam memperkasakan peranan golongan itu dalam segenap bidang dan sektor.

Saya sendiri pastikan Manifesto Pemuda BN terlaksana - Khairy
Manifesto bertemakan "Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda" itu mempunyai lapan jaminan yang menyentuh aspek kehidupan, sosial, dan kewangan.

Karnival Kerjaya BN mampu kurangkan kadar pengangguran di Sabah
Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN) membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat tempatan untuk mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

Manifesto MCA perinci komitmen parti untuk lima tahun mendatang
MCA mengumumkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang merangkumi 10 akujanji dan 10 inisiatif terutama untuk pembangunan masyarakat Cina.

OKU ada masalah 'bergerak' di universiti - Pokuam
Kekurangan kemudahan khas kepada pelajar OKU di universiti menyebabkan mereka menghadapi masalah akses harian untuk ke asrama dan dewan kuliah.