Rakyat Malaysia dianggarkan membuang sehingga 8,000 tan makanan sehari, iaitu jumlah yang mampu menampung keperluan untuk tujuh juta orang.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Nor Siti Aishah Said berkata keadaan itu menjadikan makanan sebagai komposisi tertinggi iaitu 45 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah di negara ini.
"Pembuangan makanan itu merangkumi sepanjang proses persiapan, pengeluaran dan pemprosesan sesuatu makanan serta sesi makan," katanya pada Seminar ''Feed People, Not Landfills'' di sini hari ini.
Katanya, keadaan ini boleh dielakkan sekiranya rakyat Malaysia lebih perihatin dalam soal pengambilan makanan dengan hanya memakan makanan yang diperlukan sahaja.
Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) Dr Ainu Husna M.S Suhaimi yang turut menjadi tetamu di seminar itu berkata, pembaziran makanan merupakan isu yang kritikal dan perlu ditangani segera.
Ainu Husna berkata berdasarkan fakta dan statistik sedia ada, polisi untuk menanganinya perlu dirangka dan diaplikasikan serta perlu melibatkan penyertaan semua pihak termasuk kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan rakyat keseluruhannya.
"Sebagai contoh Perancis, mereka sudah ada undang-undang yang menghalang pembuangan makanan ini dan negara kita pun rasanya perlu mengkaji kaedah sesuai untuk membendung kedaan ini," katanya.
Sementara itu, Dekan Kluster Penyelidikan Sustainability Science Universiti Malaya Profesor Madya Dr Sumiani Yusoff berkata pembuangan sisa makanan bukan hanya sesuatu yang membazir malah mengancam alam sekitar.
Katanya, sisa makanan di tapak pelupusan sampah akan menghasilkan gas metana yang tinggi selain larut resapan yang sangat kotor sehingga memberi kesan kepada sungai dan sumber air bawah tanah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2017
8,000 tan makanan sehari yang dibuang rakyat Malaysia, sebenarnya jumlah yang mampu menampung keperluan untuk tujuh juta orang. - Gambar hiasan
Sumbangan menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
Harmoni dalam kepelbagaian tema hala tuju KPN 2025
Harmoni Dalam Kepelbagaian telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju Perpaduan Dalam Kepelbagaian pada tahun 2025.
UWSS kasigui bakal tingkat kapasiti lima juta liter sehari
Tapak pembinaan Projek Urgent Water Supply Scheme (UWSS) Kasigui, penampang bakal meningkatkan kapasiti bekalan air sebanyak 5 juta liter sehari.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memaklumkan terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, namun yakin ia siap pada Mei 2025.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memaklumkan terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, namun yakin ia siap pada Mei 2025.
Sarjan didakwa atas dua pertuduhan rasuah
Seorang anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Narkotik, didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan berkaitan rasuah.
PGA Sibu lumpuhkan operasi pembalakan haram, nilai rampasan lebih RM3 juta
Pasukan Cawangan Risik Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu melumpuhkan kegiatan pembalakan haram menerusi Operasi Taring Libas di Batu 6, Jalan Pakan/Entabai, Julau.
Satu PPS kanowit ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dewan serba guna Nanga Ngungun ditutup pada jam 2 petang tadi.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Khamis hingga Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri bermula Khamis hingga Ahad ini.
'Harmoni dalam kepelbagaian' jadi tema hala tuju KPN 2025
'Harmoni dalam kepelbagaian' telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju perpaduan dalam kepelbagaian pada tahun 2025.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
ASEAN 2025 | 14 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Dzulfitri Yusop membawa tumpuan berikut:
1. Speaker Dewan Rakyat mula jelajah rasmi ke negara ASEAN
2. ASEAN platform untuk Malaysia ketengahkan industri halal
3. Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
1. Speaker Dewan Rakyat mula jelajah rasmi ke negara ASEAN
2. ASEAN platform untuk Malaysia ketengahkan industri halal
3. Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Kepungan Israel sekat 83 peratus bantuan makanan ke Gaza - Data terbaharu
Hidangan makanan bagi penduduk telah berkurangan daripada dua kali sehari kepada sekali sehari.
Olimpik Paris 2024: Atlet Great Britain dakwa ada cacing dalam makanan
Dia mendakwa terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam makanan yang disediakan oleh pihak pengajur buat atlet di dewan makan.
Sultan Ibrahim gemar masakan kampung, pedas - Cef Hamdan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tidak cerewet dalam pemilihan santapan tetapi seboleh-bolehnya sajian yang disediakan perlulah mempunyai sedikit rasa pedas serta tidak terlalu manis.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat
Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Kos tenaga, makanan global dijangka meningkat pada 2024 - Laporan Boao Forum
Terdapat kemungkinan berlaku lonjakan kos tenaga dan makanan global pada 2024 yang berpotensi memburukkan lagi inflasi di Asia.
KPDN Kelantan selamatkan lebih 2,000kg makanan, minuman di Bazar Ramadan Rahmah
Makanan yang terkumpul diagihkan kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT), gelandangan dan golongan memerlukan.